v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Shandong China Giat Kembangkan Projek-projek Mesra Alam

2007-11-21 13:42:45 CRI

Pada beberapa tahun kebelakangan ini, Provinsi Shangdong, timur China sedang giat mengubah cara pertumbuhan ekonominya, iaitu menutup sebilangan besar perusahaan kecil yang penggunaan sumber tenaganya tinggi dan pencemarannya serius, sementara itu aktif membangunkan industri perlindungan persekitaran bagi mendorong pertumbuhan ekonomi yang berterusan. Naib Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Persekitaran Provinsi Shandong, Xu Gang menyatakan bahawa pengawalan perusahaan kecil tersebut merupakan salah satu tindakan penting bagi Shandong dalam mengubahsuai struktur perindustriannya.

Selain menutup perusahaan kecil yang pencemarannya paling serius, Provinsi Shangdong juga menumpukan perhatian kepada projek-projek mesra alam, seperti mengembangkan sektor penjanaan kuasa elektrik menggunakan tenaga angin.

Pegawai Jabatan Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan Luar Provinsi Shandong, Meng Jianxin memaklumkan bahawa Shandong telah mengetatkan syarat-syarat bagi menarik modal asing pada masa ini. Semua projek besar modal asing perlu dinilai dari segi perlindungan persekitaran. Projek yang mengakibatkan pencemaran serius akan dibekukan di provinsi itu. Perbuatan tersebut amat berfaedah bagi pembangunan Shandong pada masa depan.

Pekan Wenquan, bandar Qingdao Shandong telah menubuhkan kilang penjanaan kuasa elektrik menggunakan tenaga angin usaha sama China-Jerman pada tahun 2003. Pada setiap tahun boleh dijimatkan lebih 10 ribu tan arang batu dan pelepasan pencemaran telah menurun dengan ketara. Pegawai kerajaan tempatan memberitahu pemberita bahawa Pekan Wenquan mempunyai ketetapan yang ketat dalam menarik modal asing. Perusahaan yang tidak mendatangkan manfaat kepada pertumbuhan ekonomi tempatan dalam jangka panjang tidak dibenarkan masuk ke pekan tersebut, sebaliknya, projek-projek yang menjimatkan sumber tenaga akan diberi keutamaan.

Projek yang menjimatkan sumber tenaga dan mesra alam juga telah mendapat sambutan baik daripada penduduk tempatan. Datuk Liu dari Pekan Wenquan berpendapat bahawa projek-projek yang serupa itu bukan saja melindungi persekitaran, bahkan juga bermanfaat bagi penduduk tempatan.

Mengembangkan ekonomi di samping melindungi persekitaran merupakan konsep umum di Provinsi Shandong. Meng Jianxin menyatakan bahawa Shandong akan terus membangunkan ekonomi menerusi perlindungan persekitaran demi mempercepat pengubahan cara pertumbuhan ekonominya.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |