v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kepelbagaian Pekerjaan Baru Cerminkan Permintaan Baru Masyarakat China

2007-11-23 16:17:55 Agensi Berita Xinhua China

Kementerian Buruh dan Jaminan Sosial China telah mengumumkan 10 pekerjaan baru di Qingdao semalam, iaitu penyelaras warna, pembuat muzik elektronik, penyelaras hubungan kerja, pengurus dapur, ahli rasa wain dan lain-lain. Semua pekerjaan tersebut telah mencerminkan permintaan baru dalam pembangunan masyarakat China.

Sekarang China mempunyai hampir 300 ribu orang penyelaras warna, tetapi tetap menghadapi kekurangan tenaga profesional dalam bidang tersebut. Sebilangan besar perusahaan industri fesyen amat memerlukan penyelaras warna yang profesional bagi meningkatkan nilai tambahan produk mereka dan daya saing dalam pasaran.

Seiring dengan perkembangan industri digital multimedia yang pesat, muzik serta sains dan teknologi telah diperluas ke dalam sektor penerbitan audio-video, industri TV dan perfileman serta hiburan. Permintaan masyarakat China terhadap tenaga profesional yang berkebolehan dalam menggubah muzik, memainkan alat-alat muzik dan mengedit muzik serta menguasai komputer semakin meningkat. Melatih tenaga profesional dalam bidang muzik akan mendorong perkembangan usaha muzik elektronik China.

Hubungan kerja merupakan hubungan sosial yang penting lagi rumit. Ekoran kekurangan mekanisme kawalan yang matang, pertikaian kerja dan jumlah kes pelanggaran undang-undang telah bertambah pada beberapa tahun kebelakangan ini. Seiring dengan Undang-undang Kontrak Pekerjaan China yang akan diamalkan nanti, maka permintaan terhadap penyelaras hubungan kerja turut meningkat. Pekerjaan itu memainkan peranan penting dalam menyelesaikan masalah berkenaan dan mendorong keharmonian hubungan kerja.

Walaupun industri makanan China berkembang dengan pesat pada masa ini, tetapi tahap perindustrian dan daya saingnya masih belum memuaskan, malahan kekurangan pentadbiran saintifik juga mengehadkan pembangunan sektor makanan China. Tujuan melatih pengurus dapur adalah untuk mengendalikan sektor makanan China secara saintifik. Sekarang terdapat lebih 156 ratus buah perusahaan penghasilan wain di China. Sebanyak 60% perusahaan tersebut menghadapi kekurangan ahli rasa wain yang profesional dan 20% lagi belum memiliki ahli rasa wain. Jadi, pekerjaan itu bermanfaat bagi mendorong kemajuan teknologi pembuatan wain dan peningkatan kualiti wain China.

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |