v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Konsep "Kemakmuran Bersama" Bimbing Pembangunan Desa Baru yang Harmoni

2007-11-26 13:48:53 CRI

"Laporan Kongres Kebangsaan Ke-17 Parti Komunis China telah menyanjung tinggi konsep Kemakmuran Bersama. Ini telah memberangsangkan penduduk kampung kami." Setiausaha Jawatankuasa Kampung Dajian Bandar Yuzhou Provinsi Henan Parti Komunis China, Wang Zhenchang berkata, "Oleh sebab Kemakmuran Bersama sentiasa merupakan matlamat kami dalam belasan tahun yang lalu, bahkan ia merupakan arah perkembangan kampung kami".

Bandar Yuzhou terletak di kawasan sejauh 70 kilometer barat daya dari Bandar Zhenzhou, ibu kota provinsi Henan China. Kampung Dajian berjarak 20 kilometer dari barat daya bandar Yuzhou. Sumber batu arang amat kaya di kampung tersebut. Selepas dasar pembaharuan dan buka pintu dilaksanakan, sebahagian penduduk kampung itu telah membuka lebih 10 buah lombong batu arang dan menjadi kaya dengan terlebih dahulu.

"Akan tetapi, dalam proses itu, jurang perbezaan antara yang miskin dengan yang kaya semakin besar, maka perselisihan juga semakin menambah. Saya fikir bahawa punca perselisihan tersebut ialah konflik kepentingan peripadi. Maka, saya mengekalkan Kemakmuran Bersama sebaik sahaja saya dipilih sebagai ketua kampung ini."

Pada Ogos tahun 1995, Wang Zhenchang telah menyandang jawatan Setiausaha Jawatankuasa Kampung Dajian Parti Komunis China. Untuk membangunkan ekonomi tempatan, beliau telah mendermakan lombong batu arangnya yang bernilai lebih 3 juta yuan RMB kepada kampung itu dan menubuhkan Syarikat Perlombongan Zhongtian yang berasaskan lombong batu arang tersebut.

"Selepas berkemampuan ekonomi yang kuat, kami telah memindahkan penduduk kampung kami dari kawasan pegunungan, memperuntukkan dana untuk membangunkan rumah kepada lebih 50 keluarga yang miskin dalam proses pemindahan tersebut. Kami juga menyediakan pencen sebanyak 200 yuan RMB kepada setiap orang tua yang berumur 60 tahun ke atas pada setiap bulan. Selain itu, yuran pelajar untuk tadika, sekolah rendah dan menengah telah dibebaskan. Pelajar yang melanjutkan pelajaran di sekolah tinggi dan universiti juga mendapat subsidi. Biaya penduduk yang menyertai Sistem Perubatan Kerjasama Desa Baru juga ditanggung oleh kampung kami."

Seiring dengan penyusunan dasar perindustrian negara China pada tahun 2000, Kampung Dajian berturut-turut menutup 14 lombong batu arang. Pengurangan pendapatan batu arang telah mendorong perubahan perindustrian. Mereka telah menubuhkan syarikat seramik, bahan tahan bakar dan makanan. Produk syarikat tersebut juga laris dijual di dalam dan luar China.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |