
Kerajaan Beijing baru-baru ini telah menandatangani surat pertanggungjawaban mengenai keselamatan makanan dengan kerajaan tempatan pelbagai daerah dan kaunti serta 5 kawasan untuk menyelesaikan masalah perusahaan makanan yang berurus niaga dengan tanpa lesen sebelum akhir tahun ini.

Berdasarkan laporan Harian Beijing Baru, dalam sidang yang diadakan oleh kumpulan pimpinan jaminan kualiti produk dan keselamatan makanan Beijing, Naib Datuk Bandar Beijing, Zhao Fengtong telah mewakili kerajaan Beijing, menandatangani surat pertanggungjawaban tersebut dengan kerajaan tempatan 18 buah daerah dan 5 buah kawasan termasuk Lapangan Tian'anmen, Lapangan Terbang Ibu Negara, Stesen Kereta Api Barat Beijing, Kawasan Pembangunan Ekonomi dan Teknologi Beijing dan Yanshan.

1 2
|