v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kisah tentang Ahli Penyimpan Kupon, Lin Siren

2007-11-27 16:13:13 CRI

Isteri Lin Siren, Mak Cik Zhao Xiulan pernah mengalami perkara seumpama itu.

Beliau berkata: "Cuacanya sejuk sekali pada musim sejuk suatu tahun. Saya ingin membuat satu selimut lagi. Akan tetapi pembelian kapas memerlukan kupon. Kupon memainkan peranan mustahak dalam kehidupan penduduk China pada masa itu."

Lin Siren memulakan pemungutan kupon sejak tahun 1980-an. Pada masa itu, China telah melaksanakan dasar pembaharuan dan buka pintu, sosioeknomi mula berkembang dan pembekalan barangan juga meningkat. Sistem pembekalan turut dibatalkan. Kupon yang masih belum selesai dibelanjakan tidak berguna lagi.

Kenapa tidak memungutkannya?

Lin Siren berkata: "Kupon telah membuktikan perubahan sejarah dan mencerminkan keistimewaan pada setiap zaman. Kupon itu mengandungi pengetahuan sejarah yang banyak dan juga mempunyai nilai kesenian dan pengajian yang tinggi."

Bermula dari pemungutan kupon bahan makanan, Lin Siren beransur-ansur memperluas lingkungan koleksinya. Beliau mengadakan kajian terhadap setiap kupon supaya dapat mengetahui latar belakangnya. Kupon kain yang paling rendah nilainya yang dipungut oleh Lin Siren ialah kupon kain yang dikeluarkan oleh kerajaan Wilayah Autonomi Xinjiang pada tahun 1960-an yang hanya boleh membeli kain yang sepanjang 1 cm. Kupon daging yang paling rendah nilainya yang dipungut oleh Lin Siren ialah kupon daging yang dikeluarkan oleh kerajaan bandar Guangzhou pada tahun 1960-an yang hanya boleh membeli daging seberat 10 gram.

Dalam tempoh selama lebih 20 tahun yang lalu, Lin Siren berusaha memungut kupon. Kawan-kawan dan teman sekerjanya juga membantu Lin Siren.

Lin Siren berkata: "Saya memungut kupon melalui dua saluran iaitu meminta dari teman sekerja atau teman sekolah dan membaca iklan supaya mendapat maklumat yang diperlukan."

Jumlah kupon yang dipungut oleh Lin Siren telah mencapai lebih 40 ribu keping. Pemungutan kupon telah menjadi hobi pasangan Lin Siren dan Zhao Xiulan.

Mak Cik Zhao Xiulan berkata: "Mula-mulanya, saya tidak ingin membelanjakan begitu banyak wang untuk memungut kupon. Akhirnya saya bersetuju kerana beliau amat menggemari perkara itu. Hobi itu berfaedah baginya membuang waktu setelah bersara. Lama-kelamaan, saya juga menggemari pemungutan kupon dan membantu suami saya mengemas koleksinya."

Lin Siren begitu suka pemungutan kupon, kenapa beliau menderma koleksinya kepada muzium.

Lin Siren berkata: "Jika koleksi itu diletakkan di rumah sendiri, hanya saya sendiri dapat menikmatinya. Jika koleksi itu dipamerkan di muzium, lebih ramai orang khususnya kalangan remaja dapat mengetahui kesulitan pada masa dahulu dan menyedari kebahagiaan kehidupan sekarang."

----DAZHONG


1 2 3 4

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |