v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Sistem Tanggungjawab Penjimatan Tenaga dan Pengurangan Pelepasan Pencemaran China Masuk Peringkat Pelaksanaan

2007-11-30 16:33:37 CRI

China telah mengambil siri tindakan yang berkesan dalam menjimatkan tenaga dan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sejak awal tahun ini. Tindakan tersebut telah mencapai kesan yang ketara.

Demikian dikatakan oleh Naib Menteri Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China, Xie Zhenhua di Beijing pada 29 November.

Xie Zhenhua berkata, Dewan Negara China telah mengesahkan sistem statistik, pengawasan dan penilaian mengenai penjimatan tenaga dan pengurangan pelepasan gas rumah hijau baru-baru ini. Ini menandakan bahawa sistem tanggungjawab untuk mewujudkan sasaran penjimatan tenaga dan pengurangan pelepasan gas rumah hijau di China telah memasuki peringkat pelaksanaan.

Penggunaan tenaga bagi setiap unit Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di China telah menurun sebanyak 47% dalam tempoh 15 tahun dari 1990 hingga 2005. Menurut sasaran kerajaan China, pada 2006 hingga 2010, penggunaan tenaga bagi setiap unit KDNK akan dikurangkan sebanyak kira-kira 20%, manakala pelepasan bahan pencemaran utama akan dikurangkan sebanyak 10%.

"Kerajaan China telah mengambil lapan langkah untuk menjayakan usaha menjimatkan tenaga dan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau pada tahun ini. Penggunaan tenaga bagi setiap unit KDNK di China dalam 9 bulan pertama tahun ini telah menurun sebanyak 3% berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Jumlah pelepasan sulfur dioksida dan keperluan oksigen kimia (COD) juga telah menurun," kata Xie Zhenhua.

Di samping itu, China telah menggalakkan perusahaan-perusahaan menggunakan teknologi baru yang menjimatkan tenaga, di samping mengemukakan Pindaan Undang-Undang Penjimatan Tenaga dan membentuk sistem penilaian indeks ekonomi kitaran.

Walau bagaimanapun, kini, China masih menghadapi situasi yang serius dalam menjimatkan tenaga dan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau. Memandangkan keadaan tersebut, Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara dan kementerian berkenaan China telah menetapkan rancangan pelaksanaan tentang sistem pemeriksaan penggunaan tenaga bagi setiap unit KDNK dan sistem indeks statistik penggunaan tenaga bagi setiap unit KDNK, peraturan tentang statistik, pengawasan dan pemeriksaan pelepasan bahan pencemaran utama. Dewan Negara China telah meluluskan rancangan tersebut baru-baru ini.

Selain itu, keadaan penjimatan tenaga dan keputusan pemeriksaan berkenaan akan diumumkan kepada orang awam pada setiap tahun.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |