v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Provinsi Hebei Berusaha Menanam Pokok untuk Pulihara Persekitaran
2007-12-07 14:39:53 CRI

Menurut Agensi Berita Xinhua China, petani Liang Yichen telah menanam sayur-sayuran di halaman rumahnya pada musim panas tahun ini. Kini, mereka dapat makan sayur-sayuran yang ditanam sendiri.

Namun 6 tahun yang lalu, Liang Yichen dan petani sekampung dengannya di Kampung Langtougou, kaunti Fengning bandar Chengde, provinsi Hebei sentiasa dilanda oleh ribut pasir kerana kampungnya terletak di padang pasir.

Projek penanaman pokok dan penyekatan peluasan padang pasir telah dilaksanakan di provinsi Hebei pada tahun 2000. Projek penanaman pokok dan rumput di kampung Langtougou pula dimulakan pada tahun 2001. Enam tahun selepas itu, ratusan hektar tanah yang mengelilingi kampung itu telah ditanam pokok dan rumput.

Menurut statistik, setakat ini provinsi Hebei sudah menyelesaikan projek penanaman pokok di tanah seluas lebih 1.4 juta hektar di kawasan yang merupakan punca ribut pasir bagi bandar Beijing dan Tianjin. Kadar litupan hutan mencatat 33.2%.

Berkat persekitaran dipulihara, sejumlah besar binatang liar mendiami muncul semula di Kaunti Zhangbei, provinsi Hebei.

Pokok yang ditanam tersebut bukan hanya merupakan penampan pasir di sekeliling bandar Beijing, malahan pula memberi jaminan bagi keselamatan sumber air bagi Beijing.

Dimaklumkan oleh Jabatan Perhutanan Provinsi Hebei, melalui siri projek pemuliharaan ekologi, sejak tahun 2000, keluasan tanah pasir di provinsi Hebei dikurangkan 100 ribu hektar, keluasan tanah pasir di sekeliling bandar Beijing sudah dikurangkan 200 ribu hektar. Tumbuh-tumbuhan telah tumbuh semula di tanah pasir. Kadar litupan tumbuh-tumbuhan semula jadi dapat meningkat kepada 70%.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |