v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

China akan Kawal Kenaikan Harga yang Terlalu Pesat pada Tahun Depan

2007-12-11 17:02:01 Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua, Naib Menteri Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China, Bi Jingquan menyatakan pada 9 Disember lalu bahawa pada tahun depan, China akan menfokuskan kepada tugas untuk "mencegah ekonomi yang terlampau panas dan mencegah inflasi akibat kenaikan harga". China akan mengawal kenaikan harga yang terlalu pesat, mengawal harga hasil pertanian, meningkatkan harga pembelian minimum padi dengan selayaknya, mendorong pembaharuan mengenai harga keluaran berasaskan sumber dan pengenaan bayaran mengenai perlindungan alam sekitar, dan meningkatkan pembaharuan dan kawalan terhadap harga barang yang berkaitan kehidupan rakyat.

Bi Jingquan menyatakan dalam Temu Bual Ketua Jabatan Harga Barang Seluruh Negara bahawa pada tahun depan, China akan terus meningkatkan pengawasan terhadap perubahan harga dan membentuk sistem pengawasan, amaran dan kecemasan. China akan melaksanakan pelbagai tindakan untuk meningkatkan penyelarasan terhadap pengeluaran, pembekalan dan pemasaran hasil keluaran pertanian, menyempurnakan sistem rizab, dan menjamin pembekalan barang-barang yang perlu bagi kehidupan rakyat.

Pada tahun depan, China akan terus melaksanakan dasar harga pembelian minimum padi dan gandum di kawasan pengeluaran utama, dan meningkatkan taraf harga pembelian minimum padi berdasarkan keadaan konkrit, menyempurnakan dasar harga elektrik dan air kegunaan pertanian serta memberi harga keutamaan kepada elektrik dan gas kegunaan penghasilan baja kimia serta pengangkutan kereta api.

Dimaklumkan, pada tahun depan, China akan melakukan pembaharuan terhadap harga keluaran berasaskan sumber dan pengenaan bayaran mengenai perlindungan alam sekitar, meningkatkan pembaharuan sistem penetapan harga minyak dan gas, meredakan masalah harga elektrik di tempat tertentu, mempercepat pembaharuan pengenaan bayaran untuk perlindungan alam sekitar, mengubah cara dan memperluas lingkungan pengenaan bayaran tersebut.

China juga akan mendorong pembaharuan sistem penetapan harga perubatan, mengawal pengenaan bayaran dalam bidang pendidikan, mengawasi harga harta tanah, dan melaksanakan pelbagai dasar subsidi.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |