v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Zoo Beijing akan Mendatangkan Menyambut Kedatangan Beruang Koala Tahun Depan
2007-12-13 15:40:31 CRI

Sebahagian daripada kawasan pameran binatang Australia di Zoo Beijing telah selesai dibina dan dibuka kepada umum. Pada 1 Mei tahun depan, kawasan pameran binatang Australia akan dibuka secara menyeluruh kepada umum, dan beruang koala akan "dijemput" ke Zoo Beijing. Kawasan itu merupakan kawasan pameran binatang yang paling luas di China.

Kawasan pameran itu terletak di bahagian barat taman harimau, keluasannya mencapai 7200 meter persegi dan merupakan 2% daripada keluasan keseluruhan Kebun binatang Beijing. Sekarang, taman burung unta di kawasan tersebut telah selesai dibina dan dibuka. Taman burung dan taman amfibia masih dalam proses pembinaan. Naib Pengurus Zoo Beijing, Xiao Shaoxiang memaklumkan, Zoo Beijing sedang mengumpulkan binatang-binatang untuk kawasan pameran binatang Australia. Pada tahun depan, para pengunjung bukan sahaja akan melihat burung unta, tetapi juga akan melihat burung dan amfibia Australia yang tidak ada di China. Beruang koala juga akan diimport.

Terdapat sebuah "padang pasir" di dalam taman burung unta dan sebuah bangunan istimewa Australia di sebelah taman itu. Dimaklumkan, selepas burung-burung unta dipindah ke sini, selera dan mud mereka menjadi lebih baik. Dan ini juga lebih senang bagi para pengunjung untuk melihat-lihat di sini.

Xiao Shaoxiang memaklumkan, kawasan pameran binatang Australia yang mula dirancang dan dibina pada tahun ini ialah kawasan pameran binatang pertama yang dibahagikan menurut geografi. Kalau ditinjau dari segi sains, cara pembahagian itu lebih rasional bagi kehidupan binatang dan lebih mudah bagi pengunjung.

Menurut rancangan, selepas Sukan Olimpik 2008 berakhir, Zoo Beijing juga akan membina kawasan pameran binatang Benua Amerika dan kawasan binatang kutub.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |