v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Projek Pembaikpulihan Rumah Tradisional Beijing Bermula
2007-12-19 20:50:26 CRI

Menurut Agensi Berita Xinhua China, projek pembaikpulihan terhadap rumah tradisional di Beijing yang berskop paling besar sejak penubuhan Republik Rakyat China pada tahun 1949 telah mula dilaksanakan secara menyeluruh bagi mewarisi tradisi seni bina bandar Beijing sebagai sebuah "ibu kota" yang bersejarah.

Difahamkan bahawa projek pembaikpulihan rumah tradisional yang mula dilaksanakan pada setengah tahun kedua tahun ini telah melibatkan rumah-rumah di 40 buah lorong lama yang didiami oleh 9635 buah keluarga.

Ketua Bahagian Perlindungan Warisan Budaya Pentadbiran Warisan Budaya Bandar Beijing, Wang Yuwei semasa diwawancara menyatakan bahawa pembaikpulihan rumah-rumah tradisional di lorong Beijing berlainan dengan kerja-kerja yang biasa dilakukan dalam perlindungan warisan budaya kerana usaha itu perlu memenuhi dua syarat, iaitu mewarisi tradisi seni bina bandar Beijing yang bersejarah dan memperbaiki keadaan perumahan penduduk tempatan.

Rumah-rumah tradisional di Beijing mempunyai sejarah selama 800 tahun, kini banyak rumah tersebut yang terletak di beberapa daerah lama telah menjadi usang kerana tidak mendapat perlindungan yang berkesan, terutamanya sejumlah besar laman kediaman lama yang tidak disenaraikan sebagai warisan budaya.

Menurut Wang Yuwei bahawa projek pembaikpulihan rumah tradisional kali ini akan memberi keutamaan kepada penjimatan sumber tenaga dan perlindungan alam sekitar dengan meggalakkan penggunaan tenaga bersih dan tenaga yang boleh dibaharui.

Projek tersebut juga melibatkan usaha pentadbiran pembinaan dan pentadbiran perlindungan warisan budaya dalam kerajaan Beijing. Difahamkan bahawa Pentadbiran Warisan Budaya Beijing telah menubuhkan empat kumpulan pakar yang terdiri daripada lebih 20 orang pakar untuk menghasilkan rancangan pembaikpulihan rumah-rumah tradisional yang usang di empat daerah lama di Beijing.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |