v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Badan Perundangan China Membahaskan Draf Pindaan Undang-undang Pencegahan Pencemaran Sumber Air

2007-12-26 16:37:18 Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, Sidang ke-31 Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China telah membahaskan draf pindaan Undang-undang Pencegahan Pencemaran Sumber Air semalam. Difahamkan bahawa peningkatan kewajipan kerajaan dan tindakan tatatertib yang dikenakan terhadap perusahaan yang melanggarkan undang-undang itu merupakan fokus utama sidang tersebut.

Peningkatan kewajipan kerajaan merupakan salah satu bahagian penting dalam pindaan draf undang-undang itu kali ini. Berdasarkan draf itu, kerajaan tempatan harus menyenaraikan perlindungan sumber air tempatan dalam rancangan pembangunan sosioekonomi. Kerajaan peringkat kaunti dan atas harus mengambil langkah untuk mencegah pencemaran sumber air dan bertanggungjawab terhadap kualiti alam sekitar sumber air tempatan.

                           

Selain itu, penjaminan keselamatan air minuman juga adalah satu topik yang penting dalam sidang tesebut. Anggota Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China, Wang Meixiang menyatakan bahawa kerajaan harus meningkatkan tanggungjawabnya. Sekiranya berlaku kejadian pencemaran sumber air, pegawai kerajaan tempatan yang bertanggungjawab harus meletakkan jawatan.

Salah satu topik yang lain dalam sidang itu ialah peningkatan tindakan tatatertib yang dikenakan terhadap perusahaan yang melanggarkan undang-undang berkenaan. Wakil Kongreas Rakyat Kebangsaan China, Zhang Jiechun berpendapat bahawa berdasarkan undang-undang sekarang, denda yang dikenakan terhadap perusahaan yang melanggarkan peraturan dan undang-undang yang berkaitan hanya merupakan antara 10 ribu hingga 500 ribu yuan RMB. Namun, pendapatan perusahaan tersebut lebih tinggi jika berbanding dengan denda itu.

Selain itu, peningkatan penyeliaan orang awam dan media, penyempurnaan mekanisme perlindungan alam sekitar sumber air juga telah dibincangkan dalam sidang itu.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |