v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Sidang Sampaikan Anugerah Industri China Diadakan di Beijing
2007-12-27 16:38:35 Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, Sidang Menyampaikan Anugerah Industri China telah diadakan di Dewan Besar Rakyat Beijing semalam. Naib Perdana Menteri China, Zeng Peiyan telah menghadiri sidang itu dan menyampaikan ucapan. Beliau menyatakan bahawa China harus melaksanakan konsep pembangunan yang saintifik, menggalakkan perindustrian baru yang mempunyai keistimewaan China, mendorong pembangunan industri China dengan baik dan pesat.

                    

Zeng Peiyan berkata bahawa matlamat pemberian anugerah kepada perusahaan dan projek-projek yang baik adalah untuk menggalakkan perusahaan, meningkatkan kualiti produk, faedah dan daya inovasi. Beliau mengucapkan tahniah kepada perusahaan yang memenangi anugerah tersebut dan menggalakkan perusahaan tersebut mencapai kemajuan yang lebih besar. Beliau menyeru perusahaan seluruh negara mencontohi perusahaan tersebut dan berusaha untuk meningkatkan taraf pembangunan perindustrian China.

                                               

Tambah beliau, kita seharusnya menyelaraskan diri dengan permintaan situasi yang baru, mengutamakan inovasi dan pembaharuan. Pelbagai langkah harus diambil untuk membina China sebagai sebuah negara industrialisasi yang kuat. Pertama, kita harus mempercepat peningkatan penyusunan semula perindustrian, menggalakkan industri yang menggunakan sains dan teknologi yang canggih; Kedua, kita harus meningkatkan daya inovasi pelbagai perusahaan dan menggalakkan pengajian sains dan teknologi dan penggunaan hasil yang berkaitan dalam pengeluaran. Ketiga, kita harus melaksanakan strategi pembangunan yang berterusan dan mementingkan penjimatan sumber tenaga dan pengurangan pelepasan pencemaran. Keempat, kita harus mematuhi dasar pembaharuan dan buka pintu dan menyediakan platform pembangunan yang lebih meluas kepada pelbagai perusahaan.

                                                   

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |