v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Wu Hui, Seorang Penyanyi Etnik Dong China

2007-12-28 11:21:48 CRI

Lagu etnik Dong disebut sebagai muzik asli, kesenian etnik Dong yang klasik, salah satu etnik minoriti di China. Kebanyakan penduduk etnik Dong tinggal menetap di provinsi-provinsi Guizhou dan Hunan di bahagian selatan China yang bersejarah selama. Sebelum tahun 1958, penduduk entik Dong tidak mempunyai huruf bahasa mereka sendiri. Lagu etnik Dong yang paling menarik itu telah mewarisi kebudayaan dan sejarah penduduk etnik Dong mereka sendiri.

Wu Hui yang berumur 22 tahun ini berasal dari sebuah kampung pergunungan yang terletak di kaunti Liping provinsi Guizhou China. Beliau pernah mengikuti pelajaran di sekolah pengajian tinggi dan pernah mengadakan pertunjukan kesenian untuk memperkenalkan lagu etnik Dong China di luar negara. Beliau sejak kecil berakal untuk menyediakan peluang pelajaran kepada adik perempuannya kerana keluarganya miskin. Wu Hui telah lulus dari ujian untuk menganggotai dengan lancar Kumpulan Kesenian Dage Etnik Dong Liping. Pada tahun 2005, Wu Hui telah menubuhkan kumpulan nyanyian Etnik Dong bersama dengan 4 orang gadis etnik Dong yang lain untuk menyertai pesta nyanyian Guizhou yang dianjurkan oleh provinsi Guizhou China. Pesta nyanyian ini dianjurkan secara khusus oleh Jabatan Budaya Provinsi Guizhou untuk meneroka budaya etnik minoriti kalangan rakyat. Dalam tempoh pesta itu, Wu Hui dan sahabat etnik Dong yang lain telah memperoleh pingat perak kumpulan nyanyian kalangan rakyat. Mereka telah direkomenkan oleh jabatan yang berkenaan untuk melanjutkan pelajaran secara percuma di fakulti muzik vokal Institut Kesenian Universiti Guizhou China selepas pesta itu. Wu Hui berkata bahawa pelajaran ini telah menyediakan banyak peluang untuk mengubah nasib saya. Saya berasa sungguh gembira dan terharu sehingga menitiskan air mata kerana peluang ini amat berharga bagi saya.

Wu Hui dan 12 orang rakan pelajar etnik minoriti dari pelbagai tempat provinsi Guizhou telah diketahui oleh umum di Universiti Guizhou itu. Wu Hui dan rakan etnik Dong yang lain tinggal di sebuah bilik. Mereka sentiasa menyanyikan lagu etnik Dong pada setiap malam.

Wu Hui dan 12 orang rakannya datang dari kampung pergunungan itu telah lulus dari universiti yang melanjutkan pelajaran selama dua tahun itu. Wu Hui berhasrat untuk mewarisi kesenian lagu etnik Dong yang bersejarah lama. Mereka telah menjalankan pengumpulan dan catatan terhadap lagu etnik Dong. Beliau berkata bahawa kami telah mempelajari teori pokok muzik dan muzik di sekolah. Lagu etnik Dong hanya diwarisi secara lisan oleh generasi tua kepada generasi muda. Lagu itu adalah sukar diwarisi dengan cara lama itu. Kami dapat merakamkan muzik lagu etnik Dong untuk diwarisi secara turun-temurun pada masa sekarang.

Penduduk etnik Dong tidak mempunyai huruf bahasa mereka sendiri pada masa yang lalu. Oleh itu kebanyakan budaya tradisional yang terbaik, adat resam kehidupan dan kesantunan aktiviti sosial hanya dapat diwarisi secara turun-temuru melalui menyanyikan lagu yang melodi. Selain mengumpulkan dan merakamkan lagu etnik Dong, Wu Hui dan rakan sekelasnya menjelaskan bahawa muzik etnik-etnik telah dipentaskan oleh ramai seniman dengan pelbagai macam irama muzik pada masa sekarang supaya muzik etnik minoriti dapat diterima dan digemari oleh umum. Wu Hui bercadang untuk mengadakan pembaharuan terhadap penggubalan muzik lagu etnik Dong.


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |