v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Standard Bahan Bakar Kenderaan yang Baru Dilaksanakan di Beijing
2008-01-02 14:55:36 Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, standard IV negara mengenai bahan bakar kenderaan telah dilaksanakan di Beijing pada 1 Januari 2008. Pelbagai stesen minyak telah menyediakan gasolin dan minyak diesel yang selaras dengan standard yang baru.

Standard IV tersebut adalah sama dengan standard IV Eropah dan boleh terus mengurangkan pencemaran akibat pelepasan kenderaan. Menurut penetapan berkenaan Bandar Beijing, bermula pada 1 Januari 2008, perusahaan borong minyak siap dan stesen minyak mesti menyediakan minyak yang memenuhi standard IV negara.

Untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, sebahagian bas di Bejing telah menggunakan minyak yang lebih bersih menurut standard IV negara pada tahun 2007. Menurut statistik berkenaan, pelepasan pencemaran oleh bas-bas tersebut dikurangkan secara besar-besaran.

Sehingga kini, jumlah kenderaan di Bandar Bejing telah melebihi 3.1 juta buah, akan tetapi, pelepasan gas nitrogen dioksida dan karbon monoksida tidak meningkat seiring dengan pertambahan jumlah kenderaan di Beijing kerana beberapa tindakan telah dilaksanakan termasuk meningkatkan standard pelepasan kenderaan yang baru dan meningkatkan pengurusan penggunaan kenderaan.

Kecuali meningkatkan standard bahan bakar kenderaan, Bandar Beijing juga akan melaksanakan standard IV negara mengenai pelepasan kenderaan. Standard tersebut akan dilaksanakan menjelang Sukan Olimpik Beijing 2008. Pada masa itu, standard pelepasan kenderaan Beijing akan sama dengan Eropah. Difahamkan, pengilang dan penjual kereta telah membuat persiapan yang berkaitan.

Pada awal tahun 2008, Beijin juga akan membina makmal khas pertama untuk mengadakan pengkajian teknik pengawalan pelepasan gas rumah hijau kenderaan agar menghadapi masalah pencemaran udara akibat kenderaan.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |