v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pembelajaran Bahasa Mandarin yang semakin Popular di Seluruh Dunia Mendorong Wujudnya Pendidikan Bahasa Mandarin Menerusi Internet

2008-01-03 08:54:57 CRI

Warga Amerika Syarikat, Kevein Brace selalu mendengar IPOD ketika menaiki kereta api bawah tanah di Beijing. Namun, yang disiarkan oleh IPODnya itu bukan filem Eropah dan Amerika yang popular, tetapi kursus pelajaran bahasa Mandarin.

Kevein Brace sedang belajar bahasa Mandarin melalui satu laman sesawang yang bernama "Ezychinese". Laman sesawang tersebut menyediakan bahan visual untuk pelajar bahasa Mandarin. Pelajar bukan sahaja boleh memuat turun bahan pembelajaran, tetapi juga boleh bertutur dengan guru melalui Internet.

Laman sesawang "Ezychinese" ditubuhkan oleh warga Amerika Syarikat, Paul Swift dan kawannya dari China pada April 2007. Paul Swift berkata bahawa pembelajaran bahasa Mandarin cepat menjadi popular di seluruh dunia dan mendorong wujudnya pendidikan bahasa Mandarin menerusi Internet.

Kini, seramai lebih 30 juta orang sedang belajar bahasa Mandarin di seberang laut dan jumlah tersebut akan mencatat 100 juta orang pada tahun 2010. Selaras dengan trend tersebut, China mula menubuhkan agensi pengajaran bahasa Mandarin di seberang laut sejak tahun 2004, dan menamakan agensi tersebut sebagai Institut Confucius. Kini, China telah menubuhkan 210 buah Institut Confucius di 64 buah negara dan kawasan di seluruh dunia.

Dimaklumkan, pengajaran bahasa Mandarin di seluruh dunia memerlukan jutaan orang tenaga pengajar bahasa Mandarin, maka sumber pendidikan bahasa Mandarin perlu diteroka, kepelbagaian perkhidmatan pengajaran bahasa Mandarin juga diperlukan. Paul Swift berkata bahawa kepelbagaian cara sains dan teknologi serta multimedia telah menyediakan peluang yang baik dalam hal tersebut.

Beliau memaklumkan bahawa kini, terdapat beberapa buah laman sesawang dan agensi latihan pendidikan telah melibatkan pendidikan bahasa Mandarin Internet di China. Walaupun laman sesawang "Ezychinese" ditubuhkan tidak lama dahulu, tetapi jumlah pelayarnya telah melebihi 250 ribu orang dan meliputi lebih 140 buah negara dan kawasan di seluruh dunia.

Paul Swift berpendapat bahawa seiring dengan kerajaan China terus meningkatkan usaha untuk mempopularkan penggunaan bahasa Mandarin, bahasa Mandarin akan menjadi pemangkin pertumbuhan baru dalam pasaran Internet.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |