v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kong Fanzhi: Perlindungan Warisan Budaya Tetap Akan Giat Dilaksanakan Selepas Sukan Olimpik Beijing 2008
2008-01-08 15:47:07 CRI

"Penganjuran Sukan Olimpik Beijing 2008 telah membawa peluang untuk kerja perlindungan terhadap warisan budaya. Walaupun begitu, kerja itu tidak akan diperlahankan selepas Sukan Olimpik Beijing berakhir", demikian dinyatakan oleh Kong Fanzhi, Pengarah Jabatan Pentadbiran Warisan Budaya Beijing dalam wawancara dengan wartawan Agensi Berita Xinhua China baru-baru ini.

Seiring dengan kedatangan Sukan Olimpik Beijing, usaha perlindungan terhadap warisan budaya di Beijing juga semakin ditingkatkan. Pada tahun 2002, kerajaan Beijing telah menggariskan 25 buah kawasan perlindungan warisan budaya. Angka itu ditambah menjadi 33 buah tidak lama kemudian. Kawasan-kawasan terlindung itu merupakan 29% daripada keluasan keseluruhan kawasan lama di bandar Beijing. Di sekitar kawasan-kawasan terlindung itu ketinggian bangunan baru tidak boleh melebihi 18 meter.

"Walaupun usaha itu amat berkesan, tetapi ia juga membawa masalah, pembinaan projek yang baru merupakan cabaran yang terbesar bagi kerja perlindungan", kata Kong Fanzhi.

Walapun demikian, beliau menganggap bahawa jika erancangan perlindungan yang menyeluruh dilakukan sekarang masih belum terlambat. "Hanya sebahagian tapak peninggalan mengalami kerosakan. Struktur kota lama Beijing masih wujud dan terpelihara."

Pada tahun 2007, kerajaan Beijing telah memperuntukkan 250 juta yuan RMB kepada distrik Dongcheng, Xicheng, Chongwen dan Xuanwu untuk kerja-kerja pembaikpulihan rumah di 44 lorong dan 1474 halaman tradisional China.

Selain itu, kerajaan Beijing juga akan melakukan pemuliharaan terhadap beberapa tapak peninggalan sejarah di Beijing. Beliau berkata bahawa kerja pemuliharaan itu akan diselesaikan menjelang akhir tahun 2008.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |