Persatuan Petani Penjual Sayur dan Bunga Pekan Neqion membantu petani yang sama seperti Lotsul itu untuk menyelsaikan kesukaran teknik penanaman sayur-sayuran melalui menjemput anggota teknik dan mengadakan pelbagai kursus latihan teknologi penanaman. Jumlah pendapatan penanaman sayur-sayuran Lotsul telah mencatat 5 ribu yuan RMB pada tahun itu. Lotsul telah memborong beberapa buah rumah hijau untuk menanam sayur-sayuran dan telah mencapai kejayaan disebabkan oleh kegiatam beliau sendiri dan bantuan kerajaan tempatan. Lotsul bukan sahaja telah membina rumah yang baru, tetapi juga telah membeli sebuah kereta kecil untuk mengadakan pengangkutan pada masa sekarang. Lotsul berhasrat untuk menasihatkan lebih ramai penduduk kampung belajar teknik penanaman sayur-sayuran. Sonam, seorang wanita etnik Tibet berkata bahawa saya tinggal di sana selama dua tahun. Saya telah menanam tumbuh-tumbuhan pertanian seperti barli Qingko dan lain-lain, ada kalanya juga mencari pekerjaan ke tempat lain pada masa yang lalu, jumlah pendapatan terlalu rendah. Sesudah menyewa rumah hijau yang menanam sayur-sayuran, Jumlah pendapatan mencatat kira-kira 40 ribu yuan RMB.

Drolkar, seorang wanita etnik Tibet yang berusia lebih 40 tahun ini ada seorang anak yang sedang mengikuti pengajian di sebuah universiti. Beliau sering kali meminjam wang kepada jiranya untuk membayar belanja universiti anaknya kerana keluarganya miskin. Drolkar berkata bahawa jumlah pendapatan sekarang lebih tinggi daripada masa yang lalu yang cukupnya untuk membayar belanjanya. Saya telah menanam tomato dan cili di dalam sebuah rumah hijau pada masa sekarang. Saya bercadang untuk membina beberapa rumah hijau yang besar pada masa yang akan datang.
Menurut perangkaan, seramai 105 buah keluarga petani telah menganggotai persatuan itu pada masa sekarang, jumlah pendapatan tahunan per kapita mencatat lebih 8500 yuan RMB. Kebanyakan keluarga penduduk telah membina rumah yang baru.

Melalui pembangunan yang berlarutan selama lebih tiga tahun, Persatuan Petani Penjual Sayur dan Bunga Pekan Neqion menjadi sebagai pusat kursus latihan yang terdiri daripada penanaman bunga-bungaan, penternakan dan ayam itik. Pengarah Bahagian Penjualan persatuan itu Encik Zhu Jinshan berkata bahawa terdapat 3 jenis sayur-sayuran yang ditanam di pengkalan persatuan itu telah dikenalpasti sebagai sayur-sayuran hijau tanpa pencemaran oleh Kementerian Pertanian China.
Dimaklumkan bahawa persatuan itu telah menandatangani kontrak penjualan sayur-sayuran dengan sebuah syarikat di Beijing. Mereka bercadang bahawa sayur-sayuran tanpa pencemaran yang ditanam olehnya dapat diangkut ke Beijing semasa Sukan Olimpik 2008 Beijing diadakan. Atlet-atlet dari pelbagai negara yang menyertai Sukan Olimpik di Beijing dapat menikmati sayur-sayuran segar yang disediakan oleh Lhasa Tibet. Ini merupakan sayur-sayuran yang ditanam di pangkalan Lhasa itu dapat dijual di seluruh negara. 1 2
|