v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Sebuah Kampung Wanwei yang Didiami oleh Penduduk Etnik Gin China

2008-01-18 10:40:20 CRI

Penduduk etnik Gin yang berpenduduk kira-kira 20 ribu orang itu merupakan salah satu etnik minoriti di China. Mereka tinggal menetap di tiga pulau iaitu Wanwei, Wutou dan Shanxin di bahagian selatan China.

Ketua kampung Wanwei Encik Su Mingfang memberitahu wartawan bahawa kampung Wanwei merupakan sebuah kampung nelayan kecil yang mundur pada lebih 30 tahun yang lalu. Penduduk kampung nelayan itu secara turun-temurun tinggal di kawasan pantai dan mengutamakan penangkapan ikan dan hasil laut dalam jangka panjang. Kerana terdapat tanah pertanian yang kurang subur dan sangat sukar menghasilkan bahan makanan, penduduk kampung selalu pergi ke kawasan pergunungan yang berjarak jauh untuk menukar bahan makanan dengan ikan. Encik Su Mingfang berkata bahawa tiga buah pulau kecil telah disambungkan dengan Tanah Besar untuk meneroka tanah pertanian pada tahunan 1960-an abad yang lalu supaya tanah pertanian dapat meningkat sebanyak berkaliganda. Dasar pembaharuan dan buka pintu China telah dilaksanakan pada 30 tahun lalu. Ini telah mendatangkan kemakmuran kepada penduduk yang tinggal di tiga buah pulau yang kecil tersebut. Khususnya hubungan perdagangan telah dipulihkan untuk dilaksanakan di kawasan sempadan China dan Vietnam dan dasar keutamaan telah disediakan oleh kerajaan pusat, penduduk etnik Gin berusaha untuk mengamalkan kehidupan yang selesa. Kampung Wanwei terletak di kawasan pantai dan kawasan sempadan. Kebanyakan penduduk kampung mulai memelihara hasil air dan memproses hasil laut. Ada penduduk kampung telah menguruskan perniagaan di kawasan sempadan dengan menggunakan keunggulan yang pandai bertutur dalam bahasa Vietnam. Selain itu, penduduk etnik Gin meningkatkan secara positif usaha pelancongan dengan menggunakan sumber adat resam etnik yang mempunyai keistimewaan etnik Gin mereka sendiri. Misalnya pesta "Changha" tradisional yang mempunyai keistimewaan etnik Gin sendiri telah menjadi jenama pelancongan yang terkenal di sana.

"Ha" bermakna menyanyikan lagu dalam bahasa penduduk etnik Gin. Penduduk etnik Gin gemar akan menyanyikan lagu dan menari. Penduduk etnik Gin memakai pakaian yang cantik berkumpul bersama-sama untuk menari tarian buluh dengan diiringi irama muzik untuk merayakan pesta "Changha" yang diadakan sekali berselang 10 hari. Encik Su Mingfang berkata bahawa pesta "Changha" seolah-oleh perayaan yang paling meriah dan menarik bagi penduduk etnik Gin. Beliau berkata pesta itu akan diadakan 3 kali setiap bulan, iaitu pada 10, 20 dan 30 dalam setiap bulan menurut calendar China. Penyanyi awam berasal daripada penduduk kampung kami atau penduduk dari kampung yang lain, orang Cina di seberang laut yang sedang menziarahi sanak saudara yang tinggal di kampung itu.

Pelaksanaan perniagaan dan pelancongan kawasan sempadan telah mendatangkan keuntungan kepada penduduk etnik Gin yang tinggal di kampung Wanwei itu. Menyentuh perubahan kehidupan penduduk kampung Wanwei pada masa sekarang, Encik Zheng Xianfang yang berusia 64 tahun ini berkata bahawa kami telah mengamalkan kehidupan yang lebih selesa daripada masa yang lalu. Banyak bangunan tinggi telah dibina di kampung Wanwei, banyak keluarga telah membeli kereta. Saya tinggal dalam sebuah rumah yang baru pada masa sekarang, terdapat sebuah kereta mewah, tiga basikal yang baru dan dua buah motosikar. Keluarga saya beranggota 6 orang, taraf kehidupan keluarga saya telah meningat secara besar-besaran berbanding dengan masa yang lalu.


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |