v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pendidikan Perlindingan Alam Sekitar di Dataran Tinggi Qinghai-Tibet China

2008-02-01 14:46:56 CRI

Provinsi Qinghai terletak di Dataran Tinggi Qinghai-Tibet dan terkenal sebagai "Menara Tangki Air di Asia", terdapat Tasik Qinghai, tasik air masin yang terbesar di China. Sungai Yangtze, Sungai Kuning dan Sungai Lancang berpunca daripada kawasan bahagian barat provinsi Qinghai China itu yang disebuat sebagai Sanjiangyuan. Oleh itu, alam sekitar ekologi sangat penting di provinsi Qinghai. Jabatan yang berkenaan kerajaan China dan kerajaan tempatan telah menyediakan sejumlah besar tenaga profesional dan harta benda dalam sektor pengubahsuanan alam sekitar di Sanjiangyuan dalam tahun-tahun kebelakangan ini untuk membaiki alam sekitar ekologi di sana.

Bumi merupakan satu-satunya kampung halaman bagi umat manusia, serahkanlah perlindungan selama-samanya kepada bumi itu. Bumi, ibunda kita, biarlah kita menikmati dengan sepuas-puasnya sinaran mata hari.

Zhou Autonomi Etnik Tibet Yushu terletak di kawasan berpunca daripada Sungai Yangtse, Sungai Kuning dan Sungai Lancang. Alam sekitar ekologi adalah sangat mundur disebabkan oleh iklim geografik Dataran Tinggi dari paras laut. Kerajaan China telah melaksanakan "Rancangan Komuniti Pembangunan dan Perlindungan Ekologi di Kawasan Perlindungan Alam Sanjiangyuan Qinghai " bermula pada Ogos tahun 2005. Zhou Autonomi Etnik Tibet Yushu, sebuah kawasan perlindungan yang penting diantaranya.

Seluas 50% padang rumput telah berubah menjadi tanah tandus kerana jumlah penurunan hujan berkurang dan hawa udaranya semakin meningkat di kawasan Sanjiangyuan dalam tahun-tahun kebelakangan ini. Keadaan ini telah mengakibatkan kekeringan air telah berlaku di hulu sungai Kuning selama 7 tahun. Perkara ini telah diberi keutamaan oleh jabatan yang berkenaan kerajaan China. Berdasarkan anjuran kerajaan tempatan, perlindungan alam sekitar ekologi telah menjadi perkara penting dalam kehidupan rakyat tempatan. Kempen yang pertama-tama dijalankan oleh murid-murid dari sekolah rendah itu merupakan tindakan berkesan yang digubal oleh kerajaan Zhou Autonomi Etnik Tibet Yushu untuk mengintensifkan ideologi penduduk awam.

Sekali kuliah tentang pendidikan perlindungan alam sekitar akan disampaikan purata setiap minggu di sekolah rendah Hongqi itu.

Suonabaji, seorang murid etnik Tibet darjah kelima di sekolah itu pernah dianugerahkan gelaran "pemjaga perlindungan alam sekitar". Dia berkata bahawa perlindungan alam sekitar ekologi adalah sangat penting bagi kita. Seandainya alam sekitar ekologi tidak dapat dilindungi dengan jayanya kampung kami akan dibinasakan. Saya berasa bangga dapat membuat sumbangan untuk melindungi alam sekitar Sanjiangyuan. Chen Jingying, seorang murid dari sekolah itu berkata bahawa saya memberitahu ibu-bapa saya bahawa dilarang buangan buangsan beg plastik kerana pencemaran yang berwarna putih itu sukar dibersihkan.

Ini merupakan salah satu matlamat pendidikan perlindungan alam sekitar. Murid-murid bukan sahaja mudah menerima pengetahuan perlindungan alam sekitar ini, lebih-lebih mudah menjadi penyiaran perlindungan alam sekitar. Mereka di samping belajar pengetahuan perlindungan alam sekitar, tetapi juga berusaha untuk menyebarkan pengetahuan tersebut kepada ibu-bapa, sahabat dan orang lain supaya pengetahuan dan tindakan perlindungan alam sekitar dapat dilaksanakan.

Germa Tsengsui, seorang pegawai yang bertanggungjawab atas mata kuliah perlindungan alam sekitar dari Persatuan Perlindungan Alam Sekitar Ekologi Sanjiangyuan Zhou Autonomi Etnik Tibet Yushu. Beliau memberitahu wartawan bahawa pendidikan perlindungan alam sekitr yang dilaksanakan di sekolah itu ialah kempen "Buaian Hijau". Matlamat kempen itu ialah membuka kuliah pendidikan alam sekitar di 5 buah sekolah pekan Jiegu Zhou Autonomi Etnik Tibet Yushu. Kuliah itu juga akan dibuka di semua sekolah di pekan Jiegu bahkan di seluruh kawasan Sanjiangyuan.


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |