v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pertandingan Kelayakan Persembahan Sorakan Sukan Olimpik Beijing Dimulakan
2008-01-25 17:58:29 Agensi Berita China

Menurut Agensi Berita China, Pertandingan Kelayakan Persembahan Sorakan Sukan Olimpik Beijing yang berlangsung selama dua hari telah dirasmikan di Beijing semalam. Terdapat 34 kumpulan dari seluruh China termasuk dua kumpulan dari Hong Kong telah menyertai pertandingan itu untuk merebut 300 kelayakan dalam senarai latihan beramai-ramai Sukan Olimpik.

Difahamkan bahawa pertandingan awal itu telah berlangsung selama lima bulan dan diadakan di 24 kawasan pertandingan di seluruh negara dengan jumlah pesertanya lebih daripada 10 ribu orang. Selepas pertandingan kelayakan itu, senarai pemenang 300 orang akan diumumkan. Kumpulan tukang sorak yang terdiri daripada 300 orang tersebut akan dibentuk bagi mengadakan persembahan penyorak untuk Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik Beijing nanti.

Difahamkan bahawa Pertandingan Kelayakan Persembahan Sorakan Sukan Olimpik Beijing dianjurkan oleh Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Ke-29 Beijing dan Pusat Gimnastik Jabatan Pentadbiran Am Sukan Negara China. Sebanyak 34 kumpulan yang menyertai pertandingan itu telah menunjukkan semangat berpasukan, mementaskan persembahan masing-masing yang menarik dan mendapat sambutan yang baik. Ketua kumpulan Hong Kong memberitahu wartawan bahawa penyertaan kumpulan tukang sorak merupakan kebanggan beliau dan beliau tidak akan mengira keputusan akhirnya. Kumpulan tukang sorak dari Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, Tibet, Qinghai dan lain-lain juga telah mempersembahkan tarian yang bercirikan etnik minoriti China dan menyampaikan cita-cita pelbagai etnik China untuk menyokong Sukan Olimpik Beijing.                    

Menurut pihak penganjur pertandingan itu, kumpulan yang menang kali ini akan mendapat peluang untuk mengadakan persembahan sorakan untuk Sukan Olimpik Beijing. Namun, mereka masih harus menyertai pelbagai latihan sebelum keputusan terakhir diumumkan.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |