v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Xinjiang Menarik Semakin Ramai Migran

2008-01-29 18:56:39 Agensi Berita Xinhua China

Pak Cik Wen bercucuk tanam hampir seumur hidupnya di kawasan desa Provinsi Gansu China. Namun kini, beliau telah berpindah ke rumah baru yang dibeli oleh anaknya di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, bahagian barat China.

Sejak Dasar Pembangunan Bahagian Barat China dilaksanakan, Xinjiang telah menarik sejumlah besar penghijrah. Menurut statistik terkini yang diumumkan oleh Jabatan Hartanah Urumqi, sebanyak lebih 30 ribu buah rumah telah dijual di bandar Urumqi pada tahun lalu, antaranya lebih separuh dibeli oleh pengguna dari luar bandar Urumqi.

Kemasukan migran dalam jumlah yang agak besar telah merangsang perkembangan sektor hartanah Xinjiang. Pada tahun lalu, kadar kenaikan harga rumah baru di Urumqi telah menduduki tempat pertama antara 70 buah bandar di China. Jurucakap Kerajaan Urumqi, Li Hongbin baru-baru ini menyatakan bahawa pembelian rumah oleh pengguna dari luar Xinjiang dan permintaan pembelian rumah yang kedua semakin meningkat, ini telah mengakibatkan harga rumah Urumqi terus melambung. Berdasarkan statistik berkenaan, hampir 51% migran dari luar Xinjiang telah membeli rumah di Urumqi. Anak lelaki Pak Cik Wen, Wen Shengping berpindah dari Provinsi Gansu ke Xinjiang untuk mencari rezeki pada beberapa tahun yang lalu. Lama-kelamaan, dia telah membentuk kerjayanya di Xinjiang dan membeli rumah di Urumqi. Abang dan adiknya juga turut berpindah ke bandar tersebut.

Pada bulan November tahun 2005, kerajaan Urumqi telah menetapkan dasar keutamaan untuk memudahkan penduduk dari luar Xinjiang membeli rumah di Urumqi dengan harga yang berpatutan.

Seiring dengan peningkatan aktiviti perdagangan antara China dengan negara-negara Asia Tengah yang kian erat, semakin ramai penduduk asing juga telah membeli rumah di Xinjiang.

Kedatangan migran dalam jumlah besar telah mendorong pembangunan Xinjiang. Difahamkan bahawa Urumqi telah menjadi pusat perniagaan antarabangsa yang agak penting di bahagian barat China.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |