Tang Jiang, petugas Perlombongan Tunlan memberitahu wartawan CRI bahawa prosedur yang rapi dapat menjamin kes keselamatan.
Beliau berkata: "Pada tahun 1950-an hingga 1960-an, pelombong turun ke bawah telaga dengan menggunakan sebatang tali sahaja. Sekarang tidak boleh. Mereka harus mengikuti latihan, mempelajari pengetahuan keselamatan dan kemahiran operasi, kemudiannya menyertai ujian. Setelah lulus, mereka barulah boleh bertugas bawah telaga. Jika gagal dalam ujian itu, mereka tidak diizinkan bertugas bawah telaga."

Setelah memakai helmet dan pakaian seragam, membawa lampu yang digantung di pinggang serta peralatan penyelamat diri, memakai but dan diperiksa oleh pemeriksa Fan Xiuhong, wartawan CRI menaiki lif dan menurun ke lombong arang batu yang sejauh lebih 200 meter bawah tanah. Sewaktu duduk dalam lif yang dipandu melalui terowongan bawah tanah, wartawan CRI telah menyaksikan pelbagai sistem keselamatan seperti sistem pengisap gas dan sistem amaran automatik.
Bagi mereka yang tidak pernah turun ke telaga perlombongan, pekerjaan bawah tanah amat menakutkan. Akan tetapi, Jia Jincai yang berumur 47 tahun sudah biasa dengan pekerjaan rutin bawah tanah. Beliau bertanggungjawab untuk menggali terowong dengan menggunakan kereta lombong dan gerudi angin. Banyak operasi yang dijalankan dengan penggunaan tenaga manusia telah digantikan dengan mesin.
Jia Jincai berkata: "Pada masa sekarang, orang ramai berfikir pelombong arang batu menghadapi risiko yang bahaya. Padahal, pekerjaan ini tidak begitu bahaya seperti yang dibayangkan oleh mereka. Pekerjaan ini amat berat, tetapi tidak bahaya."
Walaupun pekerjaannya agak berat, tetapi pelombong arang batu tidak lagi dipandang rendah.
Pada tahun 1999, terdapat satu pasukan pelombong yang terdiri daripada siswazah universiti bertugas di Perlombongan Tunlan dan kebanyakan anggota pasukan itu telah menamatkan pengajian di universiti perlombongan.
Menyentuh tentang gaji dan layanan, pelombong diberikan gaji yang agak lumayan. Pada tahun 2006, pendapatan tahunan per kapita pekerja Perlombongan Tunlan mencapai hampir 30 ribu yuan RMB manakala pendapatan tahunan per kapita pekerja dalam sektor lain di bandar itu mencapai lebih 10 ribu yuan RMB.
Para pelombong agak mudah mengidap penyakit paru-paru disebabkan terdapat banyak debu bawah telaga. Di Perlombongan Tunlan, pekerjanya memberitahu wartawan CRI bahawa nisbah mengidap penyakit yang berkaitan dengan pekerjaan agak rendah di tempat itu disebabkan penggunaan kemudahan penyaman.
Seandainya ada pekerja kena sakit, syarikat insurans akan membayar sebahagian besar kos perubatan berdasarkan dasar yang berkenaan.
Jia Jincai berkata: "Perlombongan kami dan jabatan perlombongan bandar mengadakan pemeriksaan kesihatan untuk kami sekali setiap tahun."
Yang paling menggembirakan para pelombong itu ialah perumahan mereka dibaiki dengan ketara. Pada masa dahulu, Jia Jincai tinggal di rumah yang dibina oleh sendiri. Pada tahun 2000, keluarganya berpindah ke rumah sewa yang dibina oleh pihak majikannya. Pada masa sekarang, pihak majikan Jia Jincai telah menyelesaikan pembinaan apartemen untuk pekerjanya. Jia Jincai merancang akan membeli rumah baru yang dengan luas lantainya mencapai lebih 100 meter persegi. Jia Jincai berkata bahawa pada masa dahulu, beliau tidak pernah membayangkan boleh tinggal di apartemen.
Jia Jincai berkata: "Pada masa dahulu, kami tinggal di rumah kecil yang dipulihara dari rumah pondok. Pada beberapa tahun kebelakangan ini, pihak majikan perlombongan telah membina 10 buah gedung apartemen. Dengan demikian, hampir semua pekerja tetap dalam syarikat perlombongan kami dapat dibahagikan rumah apartemen."
Dua anak Jia Jincai membesar di perlombongan dan umurnya kira-kira 20 tahun. Kedua-dua mereka sedang mengikuti kursus di sekolah perlombongan arang batu. Tidak lama nanti, mereka akan memulakan pekerjaan di perlombongan Tunlan.
----DAZHONG 1 2 3
|