Menurut Agensi Berita China, sebahagian sukarelawan yang akan berkhidmat untuk Sukan Olimpik Beijing telah menyertai latihan kemahiran perkhidmatan "Senyuman Beijing, Pelopor Olimpik" di Pusat Sukan Olimpik Beijing pada 31 Januari lalu.
Perkhidmatan untuk para penonton dianggap sebagai "imej Sukan Olimpik" dan merupakan asas penting bagi masyarakat antarabangsa untuk memberi penilaian terhadap Sukan Olimpik yang sama ada diadakan dengan berjaya atau tidak.

Hampir seramai 1,200 orang wakil daripada pengurus perkhidmatan penonton dan sukarelawan telah mengambil bahagian dalam pertandingan yang besar-besaran tersebut. Dalam aktiviti itu, para peserta telah membuat video yang menunjukkan semangat dedikasi sukarelawan pada abad yang berbeza di samping membuat kesimpulan dan menimba pengalaman daripada siri pertandingan "Semoga Berjaya Beijing" yang sedang diadakan di stadium-stadium Beijing.
Melalui penyertaan pertandingan kemahiran perkhidmatan itu, kesemua sukarelawan tersebut telah memahami akan sistem penyediaan perkhidmatan kepada para penonton dan menguasai pelbagai kemahiran termasuk pimpinan kumpulan, kerjasama kumpulan, komunikasi yang berefisien tinggi, pengurusan rungutan pelanggan dan sebagainya.
Jumlah sukarelawan yang bekhidmat untuk Sukan Olimpik Beijing telah mencecah 70,000 orang, antaranya sukarelawan yang menyediakan perkhidmatan untuk penonton melebihi 20,000 orang.
|