v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Eksport Kenderaan China Masuki Zaman Kepelbagaian

2008-02-05 15:21:06 Agensi Berita Xinhua China

Wartawan kami dimaklumkan oleh Dewan Perdagangan Import dan Eksport Mesin dan Elektronik China kelmarin bahawa laporan tahunan eksport kenderaan China tahun 2007 telah dikeluarkan baru-baru ini. Pakar yang berkaitan menegaskan bahawa eksport kenderaan China telah memasuki zaman kepelbagaian.

Menurut pakar analisis, sejak tahun 2005, reka bentuk pasaran antarabangsa eksport kenderaan China telah dibina secara beransur-ansur. Asia dan Afrika merupakan pasaran lama bagi eks[ort kenderaan China. Kepentingan pasaran Eropah pula sedang ditingkatkan, manakala Amerika Selatan merupakan pasaran baru yang berpotensi besar.

Ekspor kenderaan China ke Asia dan Afrika telah meningkat dan stabil. Contonnya, nilai eksport kenderaan China ke Asia telah mencapai 2720 juta dilar Amerika, mewakili 31.9% daripada jumlah nilai eksport kenderaan China, dengan jumlah kenderaan yang dieksport mencatat angka 196 ribu buah.

Jumlah kenderaan China yang dieksport ke Eropah pada paling banyak, mencapai 214 ribu buah dan mewakili 34.8% daripada jumlah kenderaan China yang dieksport. Jumlah eksport tersebut mencatat nilai 2480 juta dolar Amerika, mewakili 33.9% daripada jumlah nilai eksport kenderaan China. Dengan itu, Eropah menjadi salah satu benua yang paling utama bagi eksport kenderaan China.

Para pakar memaklumkan bahawa di pasaran Eropah, kebanyakan kenderaan China dieksport ke negara-negara Eropah Timur, seperti Rusia dan Ukraine, diikuti oleh negara-negara Kesatuan Eropah (EU) dan negara-negara Eropah Barat yang lain. Antara negara-negara tersebut Rusia menjadi "negara pengimpott terbesar" bagi kenderaan China. Jumlah eksport kenderaan China ke Rusia mencapai nulai 1477 juta dolar Amerika, dan jumlah kenderaan yang dieksport mencatat angka 107.7 ribu buah pada tahun 2007.

Selain itu, pakar juga menegaskan bahawa pasaran Amerika Selatan merupakan pasaran membangun yang amat diberikan perhatian oleh perusahaan eksport kenderaan China akhir-akhir ini.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |