v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Muzium Swasta Hidupkan Ingatan Penduduk Beijing terhadap Kehidupan Masa Lampau
2008-02-08 16:39:01 Agensi Berita Xinhua China

Sempena hujung minggu atau hari cuti, sebuah muzium swasta yang mempamerkan seni tradisional kalangan rakyat sentiasa menarik kunjungan ramai penduduk Beijing. Zhang Yujun merupakan pengasas muzium tersebut. Oleh sebab rindu akan kehidupannya waktu kecil di lorong-lorong, maka beliau telah menubuhkan muzim itu untuk memaparkan budaya kalangan rakyat Beijing termasuk budaya makanan, minuman, permainan dan hiburan.

Pada beberapa tahun kebelakangan ini, muzium swasta telah berturut-turut muncul di Beijing. Muzium tersebut bukan saja menyatakan pendirian pengasasnya yang berbeza terhadap budaya, malahan juga mempamerkan bukti-bukti sejarah yang amat penting.

Muzium Seni Wayang Kulit Cui Yongping Beijing beroperasi pada 22 April tahun 2004. Pengunjung boleh menyaksikan proses pembuatan wayang kulit dan lebih 500 buah imej wayang kulit yang kelihatan hidup dalam muzium tersebut. Wayang kulit pernah mendatangkan kegembiraan kepada penduduk Beijing pada masa lampau. Seiring dengan pembangunan bandar yang kian pesat, banyak kesenian rakyat telah diketepikan. Cui Yongping yang pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Jabatan Kesenian Panggung Wayang Kulit Beijing menyatakan bahawa wayang kulit sedang menghadapi kepupusan. Beliau berharap agar dengan adanya muzium seni wayang kulit itu, seni tradisional kalangan rakyat dapat diwariskan.

Sama seperti Cui Yongping, Bai Ming yang menubuhkan Muzium Sampel Serpihan Tembikar Mumingtang juga telah meluahkan kebimbangannya terhadap kepupusan tamadun kuno dalam proses pembandaran. "Setelah mengalami fasa perkembangan yang amat pesat, setiap masyarakat perlu mengenangkan kembali sejarah dan budaya yang pernah dialami pada masa dahulu," katanya. Pada lapan tahun yang lalu, Bai Ming dan kawannya telah menubuhkan muzium tersebut untuk mengumpulkan serpihan tembikar dari pelbagai tempat di Beijing.

Bai Ming menyatakan bahawa muzium swasta boleh mendapat sambutan masyarakat kerana terasnya ialah konsep budaya, namun bukan barang simpanan. Muzium swasta bukan saja merupakan tambahan penting bagi muzium besar milik negara, bahkan juga meluaskan perspektif orang ramai terhadap budaya.

Pada masa ini, terdapat 20 buah muzium swasta di Beijing. Pegawai dari Jabatan Artifak Beijing, Liu Chaoying menyatakan bahawa pihaknya akan menyediakan bantuan dan sokongan kepada muzium swasta.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |