v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Jumlah Pengeluaran Gas Asli China Meningkat 23.1% pada Tahun 2007

2008-02-14 16:49:25 Agensi Berita Xinhua China

Persatuan Industri Petroleum dan Kimia China memaklumkan, pada tahun 2007, jumlah pengeluaran gas asli di China mencatat 69.31 bilion meter padu, meningkat 23.1% berbanding dengan tahun 2006.

Jumlah pengeluaran gas asli di China mencatat 58.55 bilion meter padu dan meningkatkan 19.2% berbanding dengan tahun 2005. Persatuan tersebut menjangka, jumlah itu akan mencapai 76 bilion meter padu pada tahun ini.

Dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, jumlah pengeluaran dan penggunaan gas asli di China memelihara pertumbuhan yang pesat. Menurut "Statistik Sumber Tenaga Dunia BP 2007", jumlah penggunaan gas asli di China pada tahun 2006 mencatat 55.6 bilion meter padu dan meningkat 21.6%.

Gas asli ialah sumber tenaga yang bersih dan berefisien tinggi. Rancangan "5 Tahun ke-11" mengenai pembangunan sumber tenaga China mengemukakan, nisbah penggunaan gas asli dalam seluruh sumber tenaga akan meningkat sebanyak 2.5 % dalam tempoh 5 tahun, dan mencapai 5.3% pada tahun 2010.

Pembinaan jaringan paip dan infrastruktur gas asli yang dipercepat telah mendorong peluasan lingkungan dan skala penggunaan gas asli di China. Projek paip penghantaran gas asli dari barat ke timur China pertama telah beroperasi pada penghujung tahun 2004.

China telah mempercepat pembinaan jaringan paip gas asli. Beberapa projek penghantaran gas asli dari barat ke timur China telah dimulakan. Pada 7 Januari lalu, Dewan Negara China mengadakan sidang untuk membincangkan "Taburan Pembinaan Jaringan Paip Gas Asli, Minyak Mentah, Minyak Siap serta Rancangan Pembangunan '5 Tahun ke-11'", dan menegaskan matlamat pembangunan jaringan paip gas asli dan minyak di China.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |