v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Ulasan Berita: Kualiti Minyak Tidak Boleh Menjadi Halangan bagi Penjimatan Tenaga dan Pengurangan Pelepasan Gas Rumah Hijau
2008-02-18 17:54:17 Agensi Berita Xinhua China

Sejak 1 Mac tahun ini, kendaraan ringan yang dijual di Beijing perlu memenuhi standard minyak kereta negara IV yang setara dengan standard Eropah IV. Kereta baru yang gagal memenuhi standard baru itu tidak boleh dijual atau didaftarkan. Pegawai Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Beijing memaklumkan bahawa setelah standard baru dilaksanakan, jumlah zarah terampai dijangka akan berkurangan 330 tan pada tahun 2008. Ini sangat bermanfaat bagi kesihatan semua orang.

Standard minyak kereta negara IV berkuatkuasa secara rasmi pada 1 Januari tahun ini di Beijing. Semua stesen minyak di Beijing yang sudah mula menyediakan minyak yang memenuhi standard baru. Namun, kereta yang menggunakan minyak standard negara IV akan mendapati susah nak mendapatkan bekalan minyak standard baru itu di luar Beijing dan terpaksa menggunakan minyak yang standardnya lebih rendah. Ini akan menjejaskan kualiti udara dan ejen kereta.

Wartawan dimaklumkan bahawa kini beberapa ramai pengguna cenderung membeli kereta yang memenuhi standard negara III sebelum kereta jenis itu ditamatkan penjualannya dalam pasaran untuk mengelakkan kesukaran untuk mencari minyak standard negara IV jika ke luar Beijing. Ini mencerminkan usaha peningkatan kualiti minyak agak ketinggalan berbanding penetapan standard perlindungan alam sekitar di China, serta memperlihatkan keadaan serba salah golongan pengguna untuk memilih kereta kerana dasar perlindungan alam sekitar dan keadaan kualiti minyak. Perbezaan kualiti minyak antara pelbagai tempat telah memberikan pengaruh yang besar terhadap penggunaan kereta Beijing di tempat lain.

Wartawan berpendapat bahawa perusahaan petrokimia China patut menambah peruntukannya secepat mungkin demi meningkatkan kualiti minyak. Usaha itu tidak sepatutnya menjadi halangan bagi penjimatan tenaga dan pengurangan pelepasan gas rumah hijau.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |