v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Landasan Ketiga bagi Lapangan Terbang Pudong Shanghai Siap Diuji

2008-02-22 10:18:05 Agensi Berita Xinhua China

Pada Pukul 6:49 pagi 19 Februari lalu, kapal terbang yang melaksanakan ujian terhadap landasan ketiga di Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong Shanghai selamat mendarat di landasan tersebut, dan ini bermakna ujian tersebut mencapai kejayaan.

Dimaklumkan, landasan ketiga di Lapangan Terbang Pudong Shanghai itu bertaraf 4F. Kapal Terbang terbesar di dunia, iaitu Airbus A380dapat berlepas dan mendarat di landasan kapal terbang tersebut. Kapal terbang yang digunakan dalam ujian kali ini ialah Airbus A340, kapal terbang terbesar di China. Tujuan ujian kali ini adalah untuk memeriksa secara menyeluruh prosedur kapal terbang masuk dan keluar dari lapangan terbang, fasiliti pandu arah baru, lampu bantuan pengemudian, keadaan landasaan kapal terbang yang baru itu, pelbagai tanda dan isyarat, pengarahan kawalan lalu lintas udara (ATC) dan jaminan keselamatan lapangan terbang. Landasan kapal terbang ketiga itu akan beroperasi secara rasmi pada 13 Mac tahun ini.

Pegawai Kumpulan Lapangan Terbang Shanghai memaklumkan bahawa dengan beroperasinya landasan kapal terbang ketiga itu akan meningkatkan kemampuan pengangkutan Lapangan Terbang Pudong secara besar-besaran dan mendorong pembangunan industri logistik barangan secara berkesan. Ini juga telah mengangkat Shanghai menjadi bandar pertama di China yang mempunayi empat buah landasan kapal terbang.

Dimaklumkan, Lapangan Terbang Pudong Shanghai sekarangan ini mempunyai tiga buah landasan kapal terbang. Manakala, Lapangan Terbang Hongqiao Shanghai mempunyai sebuah landasan kapal terbang sahaja buat masa ini. Menurut rancangannya, landasan kapal terbang kedua di Lapangan Terbang Hongqiao juga akan dibina dan mula beroperasi pada setengah tahun pertama tahun 2010.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |