v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pihak Berkuasa Bandar Langfang Giat Mendorong Pembangunan Urbanisasi secara Menyeluruh

2008-02-26 16:58:17 CRI

Bandar Langfang yang baru berkembang terletak antara Beijing dengan Tianjin. Sejak tahun 2005, pihak berkuasa bandar Langfang memperuntukkan lebih banyak dana terhadap pembangunan kawasan desa dan berusaha membantu kaum tani menyelesaikan masalah utama yang mereka hadapi seperti air minum, perubatan dan jaminan sosial sehingga berjaya mendorong pembangunan urbanisasi secara menyeluruh.

Sejak musim bunga tahun 2006, sebanyak 98 keluarga petani di Kampung Dongdesheng, Daerah Anci, Bandar Langfang sudah mendapat bekalan air bersih. Sebelum ini menggunakan air masin yang digali dari sumur pada setiap rumah. Kini, penduduk Kampung Dongdesheng menggunakan air paip yang bersih yang dipam dari telaga dalam.

Xing Zhanying, warga emas yang berumur 81 tahun berkata dengan gembira: "Air minum itu bersih dan rasanya manis. Penduduk kampung kami akan menjadi lebih sihat setelah disediakan air paip itu."

Kampung Dongdesheng menubuhkan Panel Penggunaan Air Penduduk untuk memastikan air bersih itu disediakan secara berkekalan. Panel itu bertanggungjawab terhadap operasi telaga dengan baik kesan. Penduduk kampung membayar perkhidmatan untuk air dan elektrik yang mereka gunakan.

Ketua Panel Penggunaan Air Penduduk Kampung Dongdesheng, Xing Litian berkata: "Panel ini diberi tanggungjawab untuk menjaga telaga itu dengan baik supaya dapat digunakan dalam tempoh yang lama. Kami tidak mudah membina telaga itu dengan menggunakan dana kerajaan di pelbagai peringkat. Penduduk kampung sendiri menyumbang sebanyak puluhan ribu yuan RMB. Panel ini bertugas untuk mengumpulkan biaya air dan elektrik, menjaga pemeliharaan terhadap paip dan kepala paip. Sekiranya berlaku kerosakan alat-alat atau pam, ia segera dapat dibaiki menggunakan biaya yang dikumpul daripada penduduk kampung."

Pada masa dahulu, ramai petani di kawasan lembah di bahagian selatan dan kawasan pergunungan di bahagian utara Langfang terpaksa minum air yang mengandungi terlalu banyak fluorine atau air yang pahit lagi asin kerana telaga yang digali oleh mereka kurang dalam. Air yang kurang bersih itu mudah menyebabkan penyakit gigi kuning dan tulang goyah. Pada penghujung tahun 2005, pihak berkuasa Bandar Langfang berjanji kepada kaum tani, pihaknya akan menyediakan air bersih kepada mereka. Lebih 70 juta yuan RMB diperuntukkan untuk membantu 210 ribu orang penduduk dari 256 buah kampung menyelesaikan masalah air minum.

Liu Zhongxiang, Ketua Jabatan Hal Ehwal Air Daerah Anci Bandar Langfang berkata: "Kami melancarkan kempen menggali telaga dalam tempoh seratus hari. Pada peringkat pertama, kami menggali telaga di 73 buah kampung dan menyelesaikan masalah air minum untuk penduduk tempatan. Beberapa tahun kebelakangan ini, kami beransur-ansur menyelesaikan masalah air minum di semua kampung dan komuniti di Daerah Anci. Pada Oktober 2007, kami membina sebuah kilang pembekal air di kawasan utara bandar Langfang yang berupaya mengepam air bawah tanah dan mengurangkan kadar fluorinenya."

Selain dapat menyelesaikan masalah air minum, pada awal tahun 2005, kerajaan tempatan Langfang juga berjaya menubuhkan mekanisme perubatan kerjasama yang baru di kawasan desa. Ia bertujuan membantu kaum tani mengatasi kesukaran ketika mendapatkan rawatan perubatan. Selain itu, pihaknya juga menetapkan peraturan bagi membayar kos perubatan yang tertentu untuk kaum tani.

Seorang petani Kampung Cang, Kaunti Dacheng di Langfang, Zhang Jinhui terharu dengan usaha-usaha yang mendapat sambutan baik rakyat itu. Beliau berkata: "Mekanisme perubatan kerjasama yang baru di kawasan desa itu bukan sahaja berfaedah bagi kami mengatasi kesulitan dalam mendapatkan rawatan, tetapi kami dijamin oleh kerajaan, membayar sebahagian kos perubatan kami. Jadi, kami tidak bimbang apabila mendapatkan rawatan perubatan."

Seorang petani Kampung Cuoqiao, Bandar Sanhe, Li Yanhong berkata: "Saya mengidap penyakit glan tiroid yang memakan biaya sebanyak 3,000 yuan RMB. Saya dapat menikmati perkhidmatan daripada mekanisme perubatan kerjasama kawasan desa yang membayar hampir seribu yuan RMB untuk saya. Kami sukar membayangkan hal seumpama itu pada masa dahulu. Pada masa itu, saya menganggap kos rawatan di hospital agak mahal. Sekarang saya tidak lagi bimbang lagi apabila mendapatkan rawatan di hospital kerana boleh mendapat bayaran bantuan daripada mekanisme itu."

Serentak dengan itu, pihak berkuasa Langfang meningkatkan peruntukan dalam pembangunan hospital di peringkat pekan dan mukim. Pihaknya telah memperuntukkan dana sebanyak 60 juta yuan RMB untuk membina atau memulihara 38 buah hospital peringkat pekan dan membaik pulih 180 buah pusat perubatan peringkat kampung.

Gao Yu, Ketua Jabatan Kesihatan Langfang berkata: "Sehingga penghujung Jun 2007, sistem perubatan kerjasama yang baru di kawasan desa Langfang meliputi lebih 80% petani dan 100% kampung. Semua penduduk miskin di kawasan desa telah menyertai sistem tersebut. Semua daerah dan kaunti di bandar Langfang telah mewujudkan pengurusan melalui internet."

Ketika bercakap mengenai penubuhan sistem yang memanfaatkan rakyat secara terus menerus, Datuk Bandar Langfang Wang Aimin berkata: "Kerajaan sudah melaksanakan tanggungjawab utama dan seyiap lapisan masyarakat perlu mengambil bahagian dalam sistem yang beroperasi dalam jangka panjang yang menyediakan jaminan keselamatan kepada setiap petani. Kanak-kanak terjamin semasa bersekolah dan pesakit pula terjamin apabila ditimpa penyakit."

----DAZHONG

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |