v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Rang Pindaan Undang-Undang Perlindungan Orang Kurang Upaya Dibahaskan

2008-02-27 15:03:41 Agensi Berita Xinhua China

Rang Pindaan Undang-Undang Perlindungan Orang Kurang Upaya telah dibahaskan oleh Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China kelmarin. Rang pindaan ini digubal menurut dasar perlindungan dan penyediaan bantuan khas. Dalam rang pindaan tersebut dijelaskan hak orang kurang upaya dalam bidang pemulihan, pendidikan, pekerjaan, kehidupan kebudayaan, jaminan sosial dan lain-lain.

Dari segi pemulihan, rang pindaan ini menetapkan bahawa kerajaan pelbagai peringkat dan institusi yang berkenaan perlu mengambil tindakan bagi menyediakan kemudahan, dan menubuhkan sistem perkhidmatan kepada orang kurang upaya supaya mereka meningkatkan kemampuan untuk mengambil bahagian dalam kehidupan sosial.

Dalam bidang pendidikan, rang pindaan ini menyatakan bahawa kerajaan pelbagai peringkat akan menyediakan buku teks secara percuma kepada pelajar kurang upaya atau anak dari keluarga orang kurang upaya yang miskin yang mengikuti pendidikan kewajiban, dan memberikan subsidi asrama. Rang pindaan ini juga menetapkan bahawa kerajaan pelbagai peringkat perlu, menurut peraturan berkenaan, menyediakan bantuan kepada pelajar kurang upaya atau anak dari keluarga orang kurang upaya yang miskin yang mengikuti pendidikan bukan wajib.

Dalam jaminan sosial, rang pindaan tersebut menyatakan bahawa orang kurang upaya perlu menyertai insurans sosial, dan kerajaan akan memberikan subsidi insurans sosial kepada orang kurang upaya yang miskin; mankala kerajaan di atas peringkat kaunti perlu memberikan jaminan minimun kehidupan kepada orang kurang upaya; menggalakkan institusi telekom dan radio memberikan kemudahan kepada orang cacat penglihatan, orang cacat pendengaran dan orang bisu.

Selain itu, rang pindaan ini juga menetapkan bahawa sekiranya orang kurang upaya memerlukan bantuan perundangan, mahkamah tempatan atau institusi perundangan perlu menyediakan bantuan tersebut untuk mereka.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |