v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Beijing akan Tubuhkan Kumpulan Penilai Mutu Udara Sempena Sukan Olimpik 2008
2008-02-28 14:52:57 CRI

Sempena Sukan Olimpik Beijing 2008, Suruhanjaya Sains dan Teknologi Beijing, Akademi Sains China, Universiti Peking dan Universiti Tsinghua akan bersama-sama menubuhkan kumpulan penilai mutu udara bagi menilai mutu udara di Beijing bagi tempoh sebelum, semasa dan selepas Sukan Olimpik Beijing.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Pengarah Biro Perlindungan Alam Sekitar Beijing Encik Shi Hanmin dalam sidang akhbar kelmarin.

Difahamkan, kumpulan penilai mutu udara tersebut akan meningkatkan penyeliaan dan amaran terhadap mutu udara di lima provinsi sekeliling Beijing, dan memberikan penilaian yang menyeluruh terhadap mutu udara dan kesannya sebelum, semasa dan selepas Sukan Olimpik dilaksanakan.

Ketua Pusat Penyeliaan Alam Sekitar Beijing, Encik Yu Jianhua memberitahu wartawan bahawa penyeliaan mutu udara kali ini teurs akan menggunakan kaedah yang digunakan ketika siri pertandingan ujian "Bertuah Beijing" diadakan pada tahun lalu, dan ini akan menyediakan maklumat yang saintifik bagi mengatasi pencemaran udara di Beijing.

Dimaklumkan juga bahawa, dalam tempoh penganjuran siri pertandingan "Bertuah Beijing" yang lalu, selain kaedah ujian yang biasa, badan yang berkenaan juga telah menggunakan pelbagai kaedah termasuk ujian melalui menara, pesawat, radar, satelit dan lain-lain.

Jumlah hari yang mutu udaranya mencatat peringkat II atau lebih baik daripada peringkat II telah mencapai 246 hari pada tahun lalu, dan antara sebabnya ialah jumlah pelepasan belerang dioksida yang turun 13.82% dan jumlah keperluan iksigen kimia yang turun 3.22% berbanding tahun 2006.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |