v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Cerita tentang Seorang Pemuda yang Berusaha Keras Mendapatkan Haknya terhadap Tempat Kediaman Kekal

2008-03-04 09:52:13 CRI

Pada tahun 2007 lalu, seorang penduduk Beijing, Zhang Rui telah mengalami kesulitan yang amat sangat ketika menangani urusan rumahnya yang terpaksa dirobohkan untuk projek pembangunan. Dia dijanjikan sebuah rumah baru sebagai ganti tetapi bila tiba masanya, yang dijanjikan tinggal janji. Bagaimanapun, Zhang Rui dianggap bertuah sebab beliau akhirnya berjaya menyelesaikan masalah itu dengan bantuan daripada kerajaan tempatan.

Pada bulan Julai 2006 lalu, Zhang Rui, seorang penduduk Daerah Fengtai Beijing, bersama lapan orang penduduk lain menandatangani perjanjian dengan sebuah syarikat pembangunan kerana suatu projek syarikat itu berjanji bahawa rumah penduduk tersebut dirobohkan dengan diberi ganti rugi dan mereka diberi diskaun untuk membeli apartemen yang dibina oleh syarikat pembanguna itu di tempat lain.

Sebelum itu, ramai penduduk yang menandatangani perjanjian seumpama itu dengan syarikat pembangunan dan memperoleh rumah yang dijanjikan. Zhang Rui berasa gembira ketika menyaksikan mereka diberi kunci rumah baru daripada syarikat pembangunan itu.

Tetapi hal yang berlaku kepadanya amat mengejutkan Zhang Rui.

Beliau berkata: "Setelah menandatangani perjanjian peringkat pertama dengan syarikat pembangunan, kami perlu menandatangani satu perjanjian lagi dengan pihak penjual apartemen. Sewaktu tiba giliran kami, syarikat pembangunan itu menangguhkan majlis menandatangani perjanjian itu dari bulan Julai hingga Disember 2006. Kami berusaha menemui pelbagai pihak yang terlibat termasuk syarikat pembangunan bagi menyegerakan proses itu, tetapi tidak berhasil. Kami mendapat tahu perkara itu tidak dapat diteruskan. Alasannya ialah pusingan modal tidak mencukupi."

Zhang Rui menjadi buntu. Rumah yang diduduki sudah dirobohkan, sedangkan rumah baru yang dijanjikan tidak namapk barangnya? Keluarga Zhang Rui terpaksa berpindah ke rumah sewa buat sementara waktu dan setiap anggota keluarganya berasa kesal dengan apa yang terjadi.

1 2 3

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |