v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Beijing akan Selesaikan Masalah Perumahan 10 Ribu Keluarga
2008-03-07 15:54:47 CRI

Pada tahun ini, Beijing melaksanakan sebanyak 127 buah projek penting, termasuk projek Sukan Olimpik, komunikasi dan kehidupan rakyat, mempercepat pembinaan semula rumah usang dan menyelesaikan masalah perumahan 10 ribu keluarga. Jawatankuasa Pembinaan Beijing memaklumkan wartawan bahawa berbanding dengan masa dahulu, program penjimatan tenaga yang berskala besar akan diberi tumpuan dalam projek penting tersebut.

Dimaklumkan bahawa seiring dengan kedatangan Sukan Olimpik, Beijing akan mengutamakan projek Sukan Olimpik, komunikasi dan kehidupan rakyat, 127 buah projek penting yang terbahagi kepada 6 kategori, termasuk pelbagai projek fasa akhir bagi projek Sukan Olimpik, dan menjamin dapat digunakan dalam Sukan Olimpik. Sementara itu, Beijing juga akan mempercepat projek pengangkutan tel, dan memulakan pembinaan kawasan bandar baru seperti Tongzhou, Shunyi dan Yizhuang.

Selain menyelesaikan masalah perumahan bagi 10 ribu keluarga, pada tahun ini, Beijing juga akan membaikpulih dan membina semula pekarangan perumahan dan jalan penting di bandar lama. Kerajaan Beijing akan membaik pulih sebanyak 1400 buah pekarangan, membereskan 40 buah lorong, dan menyelesaikan masalah perumahan bagi 10 ribu keluarga. Untuk menghapuskan semua rumah yang usang dan berbahaya di bandar dan desa, Jawatankuasa Pembinaan Beijing telah melaksanakan tinjauan secara besar-besaran terhadap rumah yang berbahaya. Sekarang, di 4 buah daerah, iaitu daerah Dongcheng, Xicheng, Chongwen dan Xuanwu terdapat rumah berbahaya seluas 293 ribu meter persegi yang melibatkan 10 ribu keluarga. Kerajaan Beijing akan membaik pulih rumah tersebut dan menyelesaikan kesukaran perumahan penduduk terbabit.

Beijing juga akan menjalankan pembinaan semula untuk menjimatkan tenaga di rumah seluas 100 ribu meter persegi, bangunan badan kerajaan dan badan usaha kebajikan seluas 2.5 juta meter persegi, serta bangunan awam seluas 8 juta meter persegi.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |