v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pembaharuan China Menjadi Topik Penting di Dunia

2008-03-11 15:08:22 Agensi Berita Xinhua China

 

Anggota Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat China (CPPCC) yang juga Naib Menteri Luar China, Wu Dawei, kelmarin berkata bahawa sejak dasar pembaharuan dan dasar pintu terbuka dilaksanakan 30 tahun yang lalu, pembangunan China yang begitu pesat telah menjadi lambang zaman kita.

Ketika diwawancara, Wu Dawei berkata menyatakan tahun ini merupakan ulang tahun ke-30 pelaksanaan dasar pembaharuan dan dasar pintu terbuka China. Dalam sidang antarabangsa dan pertemuan diplomatik dua hala yang penting, ulang tahun ke-30 pelaksanaan dasar pembaharuan dan dasar pintu terbuka China telah menjadi topik yang penting.

Beliau menambah bahawa usaha bersifat diplomatik akan dilaksanakan sebaik-baiknya pada tahun ini. Pada musim bunga nanti, China akan mengadakan Forum Asia Boao. Pemimpin dari beberapa buah negara akan menyertai forum tersebut dan mengadakan lawatan ke China. Peristiwa ini amat penting dalam kerja-kerja diplomatik China. Masyarakat antarabangsa telah memberi penilaian yang tinggi terhadap pembangunan China. Kini, masyarakat antarabangsa juga memberikan perhatian yang besar kepada pembangunan China pada masa depan.

Beliau juga berkata bahawa, kejayaan menganjurkan Sukan Olimpik Beijing juga merupakan kerja diplomatik yang penting. Kini, lebih 100 buah negara sudah bersedia untuk menghadiri Sukan Olimpik Beijing. Kementerian Luar China akan membantu bandar Beijing dan Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik untuk membuat pelbagai kerja yang berkaitan bagi menjayakan sukan ini.

Sukan Olimpik merupakan perayaan sukan peringkat antarabangsa, dan ia akan menjadi platform kepada atlet-atlet dari pelbagai negara untuk berkenalan dan membina persahabatan. Penganjuran Sukan Olimpik Beijing merupakan sumbangan china kepada dunia.

Wu Dawei menyatakan bahawa China akan mengadakan Sidang Kemuncak Asia-Eropah pada penghujung tahun ini. Pada masa itu, ramai pemimpin dari negara-negara Asia dan Eropah akan datang ke China untuk menghadiri sidang tersebut. Ini juga merupakan peristiwa yang penting dalam kerja-kerja diplomatik China tahun ini.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |