v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Agensi Pemeriksaan Barangan Ditubuhkan untuk Jaga Hak Pengguna
2008-03-14 17:49:28 Agensi Berita Xinhua China

Sempena kedatangan 15 Mac, iaitu Hari Pengguna, Majlis Pengguna Bandar Beijing, kelmarin mengumumkan penubuhan rasmi 5 buah suruhanjaya khas, iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Komunikasi, Suruhanjaya Perkhidmatan Penerangan, Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajar China Di Seberang Laut, Suruhanjaya Perumahan dan Suruhanjaya Pemeriksaan Komoditi. Dengan itu, penggguna bandar Beijing kini dapat menikmati perkhidmatan yang disediakan oleh penasihat dan agensi pemerikasaan barangan.

Beberapa tahun kebelakangan ini, berikutan dengan peningkatan tahap penggunaan dan kepelbagaian cita rasa pengguna, beberapa masalah juga turut muncul.

Dimaklumkan bahawa 5 suruhanjaya khas tersebut akan mengadakan penyelidikan dan pemastian tentang masalah-masalah yang bermuncul dalam proses perkembangan industri untuk mendorong perkembangan industri yang sihat dan mewujudkan hubungan perkhidmatan yang harmoni antara industri dengan pengguna.

Lapan buah agensi pemeriksaan khas yang ditentukan oleh Majlis Pengguna Beijing sebagai makmal pemeriksaan komoditi pula akan melaksanakan tugas membuat ujian perbandingan barangan keluaran yang tertentu yang ditetapkan oleh majlis tersebut dan melaksanakan tugas pemeriksaan terhadap komoditi dan perkhidmatan dalam ruang lingkup kerja pengawasan dan pemeriksaan majlis tersebut. Lapan buah makmal tersebut akan membantu pengguna untuk memelihara hak penggunaan sendiri.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |