v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Taman Usaha Sama Petani Taiwan Ditubuhkan di China

2008-03-19 16:51:14 Agensi Berita Xinhua China

Taman Penerokaan Petani Taiwan telah diwujudkan di Huangpo, bandar Wuhan, tengah China baru-baru ini. Projek merupakan taman usaha sama petani Taiwan yang pertama di kawasan tengah China. Sekarang, terdapat dua syarikat Taiwan yang telah melabur dalam projek taman itu dengan jumlah keseluruhan pelaburan 200 juta yuan RMB, dan beberapa banyak perusahaan Taiwan yang lain sedang mengadakan perbincangan dengan pihak pentadbir taman itu untuk mencari peluang perdagangan.

Sebagai satu daripada lapan taman usaha sama bagi petani Taiwan, taman tersebut dibina di kawasan seluas 240 kilometer persegi dengan pelaburan sejumlah 500 juta yuan RMB.

Dua syarikat Taiwan yang telah melabur dalam projek itu, ialah kumpulan Zhaofeng dan Kumpulan Fusheng Taiwan. Kumpulan Zhaofeng telah bekerjasama dengan kumpulan Pertanian Wuhan dalam projek pengeluaran buah strawberi. Dengan terlaksananya projek itu, jumlah pengeluaran buah strawberi akan meningkat menjadi 1000 tan setiap tahun dengan nilai 100 juta yuan RMB. Manakala, Kumpulan Fusheng Taiwan telah bekerjasama dengan Pusat Pembangunan Bunga Wuhan untuk bersama-sama membina pangkalan penanaman bunga dengan pelaburan sejumlah 80 juta yuan RMB.

Wartawan dimaklumkan oleh Pejabat Hal Ehwal Taiwan, Wuhan China bahawa bandar Wuhan telah mengeluarkan 18 dasar keutamaan bagi taman projek tersebut untuk menarik lebih banyak syarikat Taiwan melabur ke taman itu. Sekarang, pertanian ekologi yang boleh dikitar semula, pembinaan infrastuktur taman, dan peningkatan perkhidmatan kepada syarikat Taiwan merupakan tugas utama bagi pihak pentadbir taman itu.

Difahamkan juga bahawa kerajaan Tanah Besar China telah mewujudkan sebanyak 8 buah taman usaha sama bagi petani Taiwan sejak tahun 2006. Taman-taman tersebut terletak di Zhangpu, Provinsi Fujian; Xinjin, Provinsi Sichuan; Qixia, Provinsi Shandong; Beibei, bandar Chongqing; Zhangping, Provinsi Fujian; Zhuhai, Provinsi Guangdong; Wuhan, Provinsi Hubei dan Wuxi, Provinsi Jiangsu.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |