v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Provinsi di Kawasan Laut Timur China Mewujudkan Mekanisme Kerjasama

2008-03-20 16:45:09 CRI

Wartawan dimaklumkan oleh  Jabatan Pentadbiran Lautan Negara China cawangan Laut Timur bahawa Provinsi Jiangsu, Zhejiang, Fujian dan bandar Shanghai telah mewujudkan mekanisme kerjasama untuk bersama-sama melaksanakan "Rancangan Pembangunan Usaha Laut China" dan meningkatkan penyelarasan  kerja pentadbiran laut timur China.

Dalam sidang kerja Laut Timur tahun 2008, Ketua Pengarah  Jabatan Pentadbiran Lautan China, Cawangan Laut Timur Zhang Huirong menyatakan bahwa rancangan pembangunan serantau akan diatur untuk meningkatkan kerjasama antara jabatan-jabatan dan pihak penguatkuasa, supaya bersama-sama menjalankan tinjauan dan penguatkuasaan. Di samping itu,  mekanisme perkongsian maklumat dan teknologi untuk meningkatkan daya pentadbiran dan kerja kecemasan di laut Timur juga perlu diwujudkan.

Beliau berpendapat bahawa penyelarasan dan kerjasama perlu dijalankan dalam empat bidang seperti yang berikut:

Pertama, mewujudkan mekanisme untuk menangani kes-kes kecemasan.. Selain itu, meningkatkan taraf dan keupayaan  sistem ramalan dan penyeliaan terhadap laut dan memberikan perkhidmatan yang berkenaan kepada kerajaan dan rakyat untuk mencegah dan mengurangkan bencana.

Kedua, meningkatkan perlindungan terhadap alam sekitar laut. Langkah-langkah yang diambil termasuklah, mengawal pelepasan pencemaran dan mengutamakan penjimatan sumber tenaga di samping meningkatkan penyeliaan dan pemeriksaan terhadap produk-produk laut untuk menjamin mutunya.

Ketiga, meningkatkan kerja penguatkuasaan dan pentadbiran terhadap Laut Timur dan membanteras tindakan yang melanggar undang-undang laut yang berkaitan.

Keempat, mendidik tenaga profesional untuk meningkatkan upaya pentadbiran terhadap laut dengan menggunakan sains dan teknologi.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |