v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kerajaan Beijing Beri Pencen Asas Bayaran Pertama kepada Hampir 5000 Petani
2008-03-21 13:54:49 CRI

Setakat 18 Mac lalu, kerajaan Beijing telah membayar pencen asas yang berjumlah lebih 4 juta yuan RMB kepada 4886 orang petani yang menerima insurans pencen sosial di desa.

Jabatan Pekerja dan Jaminan Sosial Beijing kelmarin telah mengeluarkan maklumat yang berbunyi bahawa antara 13 buah daerah bandar Beijing yang diliputi sistem insurans tersebut, daerah Haidian sahaja yang telah membayar semua pencen asas yang berjumlah 1.19 juta yuan RMB kepada 1421 orang yang memenuhi syarat pada 13 Mac lalu. Dengan menyelesaikan tugas itu dua bulan lebih awal daripada jadual yang ditetapkan oleh kerajaan, maka daerah Haidian menjadi daerah yang terawal menyelesaikan pembayaran pencen asas.

Daerah Daxing dan Mentougou telah membayar pencen asas tempoh bulan Januari hingga Mac tahun ini yang berjumlah lebih 2.86 juta yuan RMB kepada 3465 penerima.

Daerah Shunyi pula telah membayar lebih 4.79 juta yuan RMB kepada 5705 penerima semalam.

Pegawai Jabatan Pekerja dan Jaminan Sosial Beijing memaklumkan bahawa sehingga kini, sembilan daerah lain yang masih belum membayar pencen asas juga telah menysun rancangan konkrit tentang kerja pembayaran dan akan melaksanakan kerja itu pada bulan April. Mereka yang menyertai skim insurans itu akan menerima pencen asas tersebut sebulan lebih awal daripada waktu yang dijadualkan.

"Peraturan Sementara Insurans Pencen Sosial Desa Baru Beijing" telah dikuatkuasa pada 1 Januari tahun 2008.

Petani yang menyertai skim insurans tersebut perlu membayar premium genap 15 tahun. Selain menerima wang pencen daripada akaun peribadi, mereka juga akan menerima pencen asas yang diberikan oleh kerajaan peringkat daerah dan bandar sebagai subsidi, angkanya 280 yuan RMB seorang pada setiap bulan, tahun ini.

Sehingga kini, 32,000 orang menerima pencen asas tersebut.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |