
Kementerian Kewangan China semalam menyatakan bahawa tahun 2008 merupakan tahun yang penting bagi mencapai matlamat menjimatkan sumber tenaga dan mengurangkan pelepasan sisa cemar di China, pihaknya akan memperuntukkan 27 bilion yuan RMB dalam bidang ini.
Naib Menteri Kewangan China Encik Zhang Shaochun menyatakan bahawa China telah menubuhkan rangka sistem dasar kewangan menyokong usaha menjimatkan sumber tenaga dan mengurangkan pelepasan sisa cemar. Rangka ini bukan sahaja selaras dengan keperluan ekonomi pasaran sosialisme China, tetapi juga selaras dengan amalan antarabangsa. Kementerian Kewangan China akan meningkatkan usahanya dalam empat perkara yang berikut:

Pertama, mengutamakan asas, iaitu menubuhkan sistem statistik, laporan dan audit mengenai menjimatkan sumber tenaga dan mengurangkan pelepasan sisa cemar.
Kedua, mengutamakan mekanisme, iaitu mengekalkan dan menyempurnakan dasar yang memberi ganjaran kepada perusahaan yang mencapai matlamat menjimatkan sumber tenaga dan mengurangkan pelepasan sisa cemar, dan mengekakan denda terhadap perusahan yang gagal mencapai matlamat tersebut.

Ketiga, mengutamakan penyelarasan, iaitu meningkatkan kerjasama dengan kementerian yang lain.
Dan keempat, mengutamakan pengawasan dan penyeliaan, iaitu bekerjasama dengan institusi yang bertanggungjawab melaksanakan mengawasan dan penyeliaan terhadap penggunaan peruntukan khas dalam bidang penjimatan sumber tenaga dan pengurangan pelepasan sisa cemar.
|