v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

33 Buah Muzium Beijing akan Dibuka secara Percuma untuk Rakyat
2008-03-27 15:22:11 Agensi Berita Xinhua China

33 buah muzium di Beijing termasuk Muzium Ibu Negara dan Muzium Peringatan Perang Anti-Jepun akan dibuka secara percuma untuk rakyat bermula pada akhir bulan ini. Rakyat China boleh menempah tiket yang percuma untuk melawat muzium-muzium tersebut.

Pegawai daripada Jabatan Pentadbiran Benda-Benda Budaya dan Peninggalan Sejarah Beijing menyatakan bahawa terdapat 143 buah muzium di Beijing yang berdaftar dengan kerajaan termasuk 38 buah muzium milik kerajaan pusat, 69 buah muzium milik kerajaan Beijing dan 24 buah muzium swasta.

33 buah muzium tersebut merupakan muzium kumpulan pertama di Beijing yang dibuka secara percuma untuk rakyat. Kerajaan akan menyediakan belanjawan kira-kira 120 juta yuan RMB bagi 33 buah muzium tersebut.

Setelah muzium dibuka secara percuma, jumlah pelancong yang melawat muzium-muzium tersebut mungkin akan meningkat secara besar-besaran. Pegawai daripada Muzium Ibu Negara baru-baru ini menyatakan bahawa muzium itu telah membentuk sistem penempahan tiket percuma yang amat ketat. Jumlah pelancong yang melawat muzium itu akan hadkan kepada 3 ribu orang setiap hari. Rakyat yang hendak melawat muzium itu perlu menempah tiket terlebih dahulu. Pegawai itu menyatakan lagi bahawa pihak muzium akan menambah 60 orang pengawal keselamatan melainkan lebih 100 orang pengawal keselamatan yang sedia ada pada masa ini. 60 orang pengawal keselamatan itu sedang menerima latihan yang berkenaan.

Selain Muzium Ibu Negara, muzium-muzium yang lain turut menyatakan akan menetapkan jumlah maksimum pelancongan yang akan diterima setiap hari. Langkah tersebut bertujuan untuk mengawal keselamatan di muzium-muzium tersebut.

Muzium Ketenteraan China telah dibuka secara percuma kepada rakyat sebelum ini. Pegawai daripada muzium itu menyatakan bahawa setelah dibuka secara percuma kepada rakyat, mereka telah menerima kunjungan lebih 240 ribu orang dalam tempoh 19 hari. Jumlah tersebut telah meningkat secara besar-besaran berbanding tahun yang sudah-sudah. Menurut beliau, jumlah maksimum pelancong yang dapat diterima oleh Muzium Ketenteraan adalah 30 ribu orang sahaja setiap hari.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |