v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Qin Huabei, Seorang Tukang Alat Muzik Etnik Zhuang China

2008-03-28 13:12:14 CRI

Tianqin itu ialah alat muzik tradisional etnik Zhuang yang mempunyai sejarah yang lama. Etnik ini terdapat di kaunti Longzhou bandar Chongzuo Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi di barat daya China. Qin Huabei yang berumur 43 tahun ini, ialah pembuat alat muzik etnik Zhuang. Beliau menyumbangkan seluruh jiwa ragaanya untuk mempopularkan dan menyebarkan kesenian yang bersejarah lama ini. Tianqin yang dikenali juga sebagai Qin Harian, ialah alat muzik petikan. Alat muzik ini juga disebut Bing Ting dalam bahasa etnik Zhuang yang mempunyai sejarah lebih seribu tahun di China. Tianqin itu terdiri daripada tiga bahagian, iaitu badan paip, peti dan tali. Petinya berbentuk separuh bulat dan dibuat daripada buah labu. Permukaan peti itu dibuat daripada papan kayu pohon parasol, manakala bahagian lainnya diperbuat daripada bahan kayu dan dipasang dengan dua utas tali. Tianqin itu boleh dimainkan secara solo atau kumpulan, ataupun dimainkan dengan iringan irama lagu dan tarian. Pada masa sahulu, ahli sihir mengadakan pelbagai aktiviti menggunakan ilmu sihir melalui persembahan kesenian Quyi yang melibatkan tarian, nyanyian balada yang menggunakan alat-alat muzik dan lain-lain untuk menjauhkan malapetaka dan memohon kebahagiaan dan makmuran bagi penduduk di sana. Sekarang, artis biasa dari kalangan rakyat mempersembahkan lagu rakyat dengan memetik Tianqin ini.

Qin Huabei berasal dari sebuah kampung yang didiami oleh penduduk etnik Zhuang di kaunti Longzhou Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi China. Datuknya merupakan seorang artis pemain Tianqin. Qin Huabei sungguh gemar akan Tianqin sejak kecil lagi.

Pada tahun 1980-an, Qin Huabei menganggotai Kumpulan penyanyi dan penari tempatan pada waktu lapang, beliau berusaha untuk membaharui proses membuat Tianqin. Namun, usahanya memperbaiki cara membuat seni purba itu hampir terhalang seketika disebabkan tidak diberi keutamaan dan perlindungan sepenuhnya oleh mana-mana pihak.

Kemudian, bermula sejak abad ke-21, kerajaan tempatan telah meningkatkan perlindungan dan pengemasan terhadap seni Tianqin dengan tujuan untuk menyelamatkan kesenian yang hampir dipupus ini daripada lenyap. Sebuah kumpulan penyanyi dan menggesek kecapi, terdiri daripada 15 orang gadis yang berumur 21 tahun dari Longzhou, telah bersedia untuk mengadakan persembahan dalam Pesta Kesenian Nanning pada masa itu. Pegawai kerajaan tempatan berharap Qin Huabei membuat beberapa buah Tianqin khusus untuk persembahan itu. Qin Huabei berasa sungguh gembira mendengar perkara ini. Kata beliau, saya terus membuat Tianqin selepas diberitahu oleh pegawai jabatan budaya dan sukan kerajaan tempatan. Saya sudah pandai membuat alat muzik ini semasa bekerja dengan kumpulan penyanyi dan penari pada masa yang lalu, tetapi perkara ini tidak pernah diketahui oleh orang lain.

Oleh itu, Qin Huabei telah membika sebuah bengkel yang kecil di pekarangan rumahnya sendiri. Beliau bekerja siang malam untuk menyiapkan Tianqin tersebut. 15 orang gadis etnik Zhuang yang memakai pakaian yang berwarna hitam dan hiasan telinga daripada perak menyanyikan lagu rakyat dan sambil memetik Tianqin yang dibuat oleh Qin Huabei. Persembahan itu mendapat tepukan yang gemuruh daripada penonton sepanjang Pesta Lagu Rakyat Antarabangsa Nanning ke-14 pada bulan September 2003 yang lalu.

Sejak itulah, 15 orang gadis itu telah mengadakan persembahan di kaunti Longzhou, Guangxi dan di luar negara. Kumpulan tersebut kerap kali mengadakan persembahan di Austria, German dan negara-negara lain sejak pesta pada tahun 2003 itu. Sejumlah lebih 1300 buah Tianqin yang dibuat oleh Qin Huabei juga telah dijual dengan laris di Amerika Syarikat, Jepun dan negara-negara yang lain.


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |