v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Hong Kong: Menggalakkan Komunikasi dengan Tanah Besar China dan Taiwan

2008-04-01 15:16:22 Agensi Berita Xinhua China

Setiausaha Jabatan Perlembagaan dan Hal Ehwal Tanah Besar, Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, Lam Sui-lung menyatakan semalam bahawa kerajaan Hong Kong akan meningkatkan peruntukan bagi menggalakkan komunikasi Hong Kong dengan Tanah Besar dan Taiwan demi meningkatkan hubungan persefahaman antara satu sama lain.

Beliau berkata bahawa belanjawan Jabatan Perlembagaan dan Hal Ehwal Tanah Besar pada tahun 2008 hingga 2009 mencapai 345.7 bilion dolar Hong Kong, meningkat 14% berbanding tahun 2007. Peruntukan tambahan itu akan digunakan untuk merapatkan hubungan dengan Tanah Besar, membuat persiapan untuk menyertai Ekspo Dunia Shanghai 2010, memperkukuh pelaksanaan Undang-undang Asas Hong Kong dan meningkatkan hubungan dengan Taiwan.

Katanya, pelbagai pejabat perwakilan Hong Kong di Tanah Besar akan terus berusaha untuk merapatkan hubungan H.K. dengan pelbagai provinsi di Tanah Besar, khususnya dengan Provinsi Guang Dong dan bandar Shenzhen, terus mengadakan kerjasama Pan-Delta Sungai Mutiara dan membantu syarikat-syarikat Hong Kong di kawasan tersebut membaiki struktur pengurusan dan meningkatkan daya saingan mereka.

Selain itu, jabatan itu juga merancang untuk mewujudkan satu Dewan Hong Kong dalam Ekspo Dunia Shanghai 2010 untuk mengadakan pelbagai aktiviti promosi. Belanjawan yang diperuntukkan ialah sebanyak 69 juta dolar Hong Kong.

Di samping itu, Hong Kong juga akan meningkatkan peruntukan untuk meningkatkan hubungannya dengan Taiwan. Jumlah belajawannya untuk tujuan tersebut ialah 1.5 juta Dolar Hong Kong. Kerajaan Hong Kong akan mengundang tokoh-tokoh dari pelbagai kalangan di Taiwan untuk mengadakan lawatan ke Hong Kong dan mereka akan didedahkan kepada keadaan pembangunaun terkini dan pelaksanaan dasar "Satu Negara, Dua Sistem". Hong Kong juga merancang untuk menubuhkan jabatan khasnya di Taiwan untuk meningkatkan kerjasama ekonomi dan perdagangan dengannya.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |