v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Senarai Penilaian Produk Jenama Terkenal China Diumumkan

2008-04-02 16:38:24 Agensi Berita Xinhua China

Jawatankuasa Penggalakan Strategi Jenama Terkenal China mengumumkan senarai ciri penilaian produk jenama terkenal China tahun 2008 semalam. Antaranya, produk yang menggunakan teknologi ciptaan baru, produk yang berkait dengan perlindungan alam sekitar dan penjimatan tenaga, pertanian dan Sukan Olimpik Beijing merupakan fokus utama dalam penilaian produk jenama terkenal itu.

Dalam maklumat tersebut telah disenaraikan produk sejumlah 102 kategori, mencakupi 15 bidang, termasuk kejenteraan, maklumat elektronik, pakaian dan tekstil, petroleum, perlindungan alam sekitar dan lain-lain.

Wartawan dimaklumkan oleh Jabatan Pentadbiran Am Pemantauan, Pemeriksaan Kuarantin dan Kualiti Negara bahawa produk-produk yang memenuhi salah satu daripada empat syarat seperti yang berikut ini akan diberikan keutamaan dalam penilaian produk jenama terkenal. Pertama, produk yang mempunyai teknologi canggih dan baru; Kedua, produk yang merupakan hasil daripada perubahan struktur industri; Ketiga, produk yang dapat menggalakkan perkembangan pertanian moden, meningkatkan pendapatan kaum petani atau melindungi alam sekitar dan menjimatkan tenaga; Keempat, produk yang berkaitan dengan Sukan Olimpik Beijing. 

Berdasarkan pengumuman Jawatankuasa Penggalakan Strategi Jenama Terkenal itu, perusahaan yang termasuk dalam senarai penilaian itu boleh membuat permohonan di jabatan itu secara sukarela melalui pos atau laman sesawang.

Pegawai jabatan itu menyatakan bahawa penilaian jenama terkenal China akan dijalankan berdasarkan prinsip perusahaan yang membuat permohonan secara sukarela tanpa sebarang kos. Seluruh proses itu akan dilaksanakan dengan penyeliaan orang awam dan media massa.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |