v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kaum Tani di Shanxi yang Berumur 65 Tahun ke Atas Diberikan Subsidi

2008-04-08 10:25:58 CRI

Seramai lebih 40,000 orang penduduk kampung yang berumur genap 65 tahun di bandar Suzhou, Provinsi Shanxi China baru-baru ini, menerima "wang saku" sebanyak 30 yuan RMB yang akan berterusan pada setiap bulan. Subsidi tersebut amat bermanfaat kepada warga emas di bandar itu.


Tindakan tersebut dilaksanakan oleh pihak berkuasa Suzhou untuk menjamin kehidupan lebih baik lagi kaum tani yang berumur 65 tahun ke atas sejak tahun 2007 lalu.



Salah seorang daripadanya, Mak Chik Guo Yumei, petani di Kampung Xiahonggou, Pekan Jingping, Daerah Pinglu, Bandar Suzhou, Provinsi Shanxi China. Beliau gembira kerana mendapat subsidi jaminan hidup daripada kerajaan tempatan itu.



Katanya: "Saya tidak ada pendapatan lagi pada masa ini kerana tidak turun ke lading bekerja sejak beberapa tahun lalu. Anak-anak saya juga miskin. Saya berasa malu untuk ambil wang daripada anak-anak apabila mereka beri semasa balik menjenguk."

Subsidi 30 yuan RMB setiap bulan itu tidaklah banyak, tetapi sudah cukup bagi Makcik Guo Yumei menampung belanja hariannya yang sudah semakin berkurangan. Wanita yang berumur 76 tahun itu mempunyai 5 anak, 3 lelaki dan 2 perempuan yang kesemuanya juga miskin dan mempunyai keluarga masing-masing. Mereka tinggal berdua bersama suaminya yang sering berbaring di katil disebabkan menderita penyakit lama. Perit baginya melalui kehidupan yang susah.

1 2 3

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |