v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Seramai 1.12 Juta Orang Mendaftar untuk Menjadi Sukarelawan Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik Beijing
2008-04-03 15:33:30 Agensi Berita Xinhua China

Urusan pendaftaran sukarelawan Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik Beijing telah selesai pada 31 Mac lalu. Seramai lebih 1.12 juta orang telah mendaftar untuk menjadi sukarelawan. Antaranya, 900 ribu orang telah mendafar nama mereka dalam kedua-dua temasya sukan tersebut.

Wartawan dimaklumkan bahawa Sukan Olimpik Beijing memerlukan lebih kurang 70 ribu orang sukarelawan, manakala Sukan Paralimpik Beijing memerlukan 30 ribu orang sukaralewan. Pengambilan sukarelawan itu terutamanya bersasar kepada penduduk di Beijing, namun ada kuota tertentu untuk penduduk di provinsi-provinsi yang lain di China, termasuk Hong Kong dan Macau, perantau Cina dan orang China di seberang laut serta warga asing.

Difahamkan bahawa pemohon yang berdaftar untuk menjadi sukarelawan bagi kedua-dua temasya sukan tersebut datangnya dari pelbagai tempat. Antaranya, pemohon dari Beijing berjumlah 772 ribu orang, pemohon dari provinsi yang lain di China seramai 292 ribu orang, dari Hong Kong 7 ribu orang, dari Makau 2 ribu; dari Taiwan 3 ribu; orang China dan perantau Cina di seberang laut 28 ribu orang; dan wargaasing 22 ribu orang.

Kebanyakan pemohon terdiri daripada orang muda, dan hampir 50% daripada mereka mempunyai pengalaman yang berkhidmat sebagai sukarelawan. Sebanyak 97.87% pemohon umurnya belum mencapai 35 tahun, dan 79.9% berkelulusan dari universti.

Pegawai Jabatan Penyelarasan Kerja Sukarelawan Sukan Olimpik Beijing, Liu Jian berkata, Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik Beijing memerlukan seramai 100 juta orang sukarelawan untuk memberikan perkhidmatan yang bertaraf tinggi kepada kedua-dua temasya itu.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |