v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Menggunakan Sumber Alam dengan Rasional, Mengembangkan Industri Ubat-ubatan Istimewa

2008-04-04 17:01:30 CRI

Sejak 10 tahun kebelakangan ini, dengan sumber alam yang melimpah-limpah, telah muncul beberapa jenama ubat-ubatan yang terkenal di bandar Tonghua, provinsi Jilin, China, antaranya Xiuzheng, Dongbao, dan Jinma. Perusahaan ubat-ubatan tersebut telah menjadikan sumber tempatan yang kaya itu sebagai kelebihan pembangunan inovasi sains dan teknologi, dan mendorong pembangunan industri istimewa dan ekonomi tempatan.

Antara 84 buah perusahaan ubat-ubatan yang terdapat sekarang di bandar Tonghua sekarang ini, Kumpulan Ubat Xiuzheng adalah pelopor dalam pembangunan industri ubat-ubatan tempatan melalui penggunaan dan perlindungan sumber istimewa tempatan secara saintifik, serta peningkatan peruntukan bagi penyelidikan sains. Sebenarnya, kumpulan yang asetnya sebanyak 2.5 bilion yuan RMB itu berkembang daripada sebuah kilang ubat yang kecil yang hampir bankrap 12 tahun yang lalu. Naib Ketua Pengurus Kumpulan Ubat Xiuzheng, Puan Gao Lu menyatakan, "Kumpulan Ubat Xiuzheng pada mulanya ialah sebuah kilang pengeluar ubat bagi pusat penyelidikan industri ubat-ubatan di bandar Tonghua. Kilang itu hampir bankrap setelah kerugian sebanyak 4 juta yuan RMB. Pada masa itu, kilang ini tidak mempunyai banyak pekerja atau makmal dan sistem penerokaan."

Kumpulan Xiuzheng terletak di gunung Changbai yang kaya dengan sumber ginseng yang sangat berharga. Namun, akhir-akhir ini, pencarian dan pengutipan ginseng telah mengakibatkan kawasan pengeluaran ginseng merosot. Ditambah lagi dengan hakisan tanah, ginseng semakin jarang dijumpai. Untuk menggunakan dan melindungi bahan ubat yang berharga seperti ginseng, Kumpulan Xiuzheng telah menggunakan pendekatan saintifik. Pendekat ini dapat menyelesaikan masalah penanaman ginseng dan perlindungan alam sekitar.

Untuk mengangkat nilai produk dan jenama, dan mendorong pembangunan perusahaan, Kumpulan Xiuzheng telah meningkatkan penyelidikan menggunakan sains dan teknologi. Kumpulan itu telah melabur sebanyak 60 juta yuan RMB untuk mendirikan pusat teknologi perusahaan yang diiktiraf di peringkat negara di Chanchun, Jilin, dan membina cawangannya di Shanghai dan Shenyang. Gao Lu memaklumkan bahawa, sekarang kumpulannya mempunyai pakar ubat-ubatan yang terkenal dasri dalam dan luar China serta lebih 300 orang penyelidik. Beliau berkata, "Kumpulan kami sangat mementingkan pembangunan sistem inovasi sains dan teknologi. Selama ini, kami memberikan tumpuan yang khusus kepada teknologi baru bagi ubat-ubat tradisional, penerokaan semula produk lama dan penyelidikan untuk produk baru dengan menggunakan sumber alam secara baik dan mengeluarkan ubat-ubat tradisional China melalui cara moden."

Dari bulan Januari hingga Ogos tahun lalu, pendapatan Kumpulan Xiuzheng mencapai lebih 1.4 bilion yuan RMB dan meningkat 80% berbanding dengan tempoh yang sama tahun 2006 pula. Pada tahun 2006, kumpulan itu telah menjadi sebuah daripada 10 buah perusahaan ubat-ubatan terbesar di China. Sekarang, produknya telah dieksport ke Britain, Rusia, Belanda, Vietnam, Thailand dan lain-lain.


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |