v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

China Capai Perjanjian Perdagangan Bebas yang Pertama dengan Negara Maju

2008-04-08 11:13:34 Agensi Berita China

China dan New Zealand menandatangani perjanjian perdagangan bebas kelmarin. Ini merupakan perjanjian perdagangan bebas pertama yang dicapai antara China dengan sebuah negara maju.

Menurut sumber Kementerian Perdagangan China, perjanjian tersebut merangkumi pelbagai bidang termasuk perdagangan barangan, perkhidmatan dan pelaburan.

"Kami merasa bangga menjadi negara maju pertama yang menandatangani perjanjian perdagangan bebas dengan China", kata Perdana Menteri New Zealand, Helen Clark, "Ini amat berfaedah bagi kita untuk mengukuhkan hubungan persahabatan kedua-dua negara."

Helen Clark juga berharap agar perjanjian tersebut dapat menjadi satu contoh kepada kalangan perdagangan dan ekonomi antarabangsa. Kata beliau: "Memandangkan keadaan pasaran kewangan sejagat yang kian merosot, lapisan perdagangan dan ekonomi antarabangsa mungkin tidak panjang fikiran. Perjanjian ini boleh dijadikan sebagai contoh, yakni kita perlu bersifat terbuka, memandang jauh dan meningkatkan kerjasama."

Rundingan tentang Zon Perdagangan Bebas China-New Zealand dirasmikan permulaannya oleh Presiden China, Hu Jintao dan Perdana Menteri New Zealand, Helen Clark pada bulan November tahun 2004. Berdasarkan perjanjian berkenaan, pihak New Zealand berjanji membatalkan tarif terhadap semua produk import dari China sebelum 1 Januari tahun 2016, antaranya termasuklah 63.6% produk yang dibatalkan tarifnya apabila perjanjian itu berkuat kuasa; sementara China pula berjanji mengecualikan tarif bagi 97.2% produk import dari New Zealand, antaranya 24.3% produk yang dibatalkan tarifnya apabila perjanjian itu dikuatkuasakan.

Selain itu, kedua-dua pihak juga membuat janji tentang perkhidmatan dan merangka ketetapan yang terperinci mengenai pertukaran pakar teknikal.

"Perjanjian itu merupakan perjanjian yang saling menguntungkan, menyeluruh, bertaraf tinggi dan seimbang. Kita amat berpuas hati dengannya," kata Perdana Menteri China, Wen Jiabao.

Beliau menyatakan bahawa pelaksanaan perjanjian tersebut pasti akan menyediakan lebih banyak peluang kerjasama kepada sektor perusahaaan China-New Zealand, dan akan membawa lebih banyak faedah kepada rakyat kedua-dua negara.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |