v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Sanya Giat Bangunkan Sektor Pelancongannya

2008-04-09 14:33:05 Agensi Berita China

Bandar Sanya, Provinsi Hainan, selatan China merupakan destinasi pelancongan yang menarik bagi pengunjung dari dalam dan luar negara. Melalui pembangunan selama 20 tahun, Sanya berubah menjadi sebuah bandar antarabangsa daripada hanya pelabuhan kecil. Sekarang, bandar ini sedang sibuk membuat persiapan untuk menyambut ketibaan obor Sukan Olimpik Beijing pada 4 Mei nanti.

"Saya merupakan saksi kepada perkembangan Sanya. Perubahan bandar ini sungguh mengagumkan. 20 tahun yang lalu, ekonomi Sanya agak mundur. Kemudahan asas seperti bekalan air, tenaga elektrik dan lalu lintas masih belum baik di seluruh bandar ini, hanya ada dua buah hotel saja; motosikal dan basikal menjadi alat pengangkutan utama ketika itu," kata Encik Chen Renzhong, mantan Setiausaha Jawatankuasa Bandar Sanya Parti Komunis China.

Berbeza dengan keadaannya 20 tahun yang lalu, Sanya, setakat penghujung tahun lalu, sudah memiliki sebanyak 170 buah hotel, 17 buah daripadanya mencapai bertaraf lima bintang. Sementara itu, beberapa kumpulan perhotelan antarabangsa, termasuk Hilton dan Kempinski, juga turut diperkenalkan di Sanya sehingga bandar itu menjadi salah sebuah daerah yang mempunyai hotel antarabangsa yang paling banyak di Asia-Pasifik.

Chen Renzhong menyatakan bahawa pihak berkuasa bandar Sanya selalu berusaha untuk membangunkan bandar itu sebagai bandar pelancongan yang unggul. Pada tahun 1993, pihak kerajaan berkenaan memulakan projek pembinaan destinasi pelancongan peringkat negara di Teluk Yalong. Sebelum itu, beberapa badan dan pakar yang terkenal dari dalam dan luar negara telah dipelawa untuk mengemukakan cadangan pembinaannya.

"Pelbagai aktiviti antarabangsa yang diadakan secara besar-besaran telah merangsang perkembangan Sanya", Chen Renzhong menambah. Sejak tahun 1996, 70 jenis aktiviti besar-besaran telah diadakan di Sanya, khususnya "Pertandingan Akhir Puan Tercantik di Dunia" yang diadakan pada tahun 2003 yang telah meningkatkan kemasyhuran bandar itu.

Pada tahun lalu, Sanya telah menerima seramai 520 ribu pengunjung luar negara, dan pendapatan daripada sektor pelancongannya mencecah 8 bilion yuan RMB.

Di samping membangunkan ekonomi, Sanya juga prihatin terhadap alam sekitarnya. Bandar itu mempunyai keadaan persekitaran yang paling baik di seluruh negara.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |