v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Jacques Rogge Puji Usaha China dalam Selesaikan Masalah Pencemaran Udara
2008-04-10 15:05:56 Agensi Berita China

"Saya memuji usaha yang dibuat oleh kerajaan China dalam menyelesaikan masalah pencemaran udara." Pengerusi Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Jacques Rogge menyatakan demikian semasa menghadiri Persidangan Perwakilan Persekutuan Olimpik Antarabangsa Ke-16 di Beijing baru-baru ini.

Jacques Rogge amat berpuas hati dengan kerja persiapan penganjuran Sukan Olimpik Beijing. "Kerja-kerja yang dilaksanakan oleh Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing selaras dengan rancangan kerja yang pihak kami kemukakan pada tahun 2001. Walau bagaimanapun, pasti masih ada beberapa masalah yang perlu kami selesaikan. Hanya 120 lagi hari sebelum Sukan Olimpik Beijing 2008 dirasmikan. Namun, kami yakin, semua perkara akan siap sebelum 8 Ogos nanti", katanya.

Jacques Rogge juga menyatakan rasa kesal terhadap tindakan sebilangan kecil atlet yang menolak penyertaan temasya sukan di Beijing ini ekoran masalah pencemaran udara. Pada pendapat beliau, Beijing memang tercabar dengan masalah pencemaran udara. Namun, kerajaan China telah mengambil tindakan yang berkesan untuk menyelesaikannya.

Ketika menyentuh tentang kualiti udara Beijing semasa Sukan Olimpik diadakan, Jacques Rogge berkata: "Kami sudah mengkaji isu itu dengan para pakar. Atlet-atlet yang menyertai pertandingan dalam tempoh sejam mustahil terancam oleh pencemaran udara. Tetapi, bagi acara maraton, triathlon dan lumba basikal yang berlarutan sejam lebih, kami akan menganalisis dan meramalkan keadaan udara dengan pakar kaji cuaca untuk mempertimbangkan acara pertandingan tersebut sama ada ditangguhkan atau tidak." Menurut beliau, tindakan itu pernah diambil pada sukan olimpik yang terdahulu.

Jacques Rogge menambah lagi bahawa beliau amat yakin kepada usaha yang gigih dan persiapan yang sempurna, dan tidak kepada nasib. "Sudah tentulah, ada beberapa unsur yang tidak dapat kami kendalikan, misalnya keadaan udara. Saya memuji usaha yang dibuat oleh kerajaan China dan Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing dalam memperbaiki kualiti udara. Jadi, kejayaan temasya sukan itu bergantung kepada usaha pihak China yang bersungguh-sungguh."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |