v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Aktiviti Amal Sempena "Menyambut Sukan Olimpik dan Paralimpik" Dilancarkan di Beijing
2008-04-14 16:58:55 Agensi Berita Xinhua China

Aktiviti amal sempena "Menyambut Sukan Olimpik dan Paralimpik" telah dilancarkan di Beijing pada 12 April lalu.

Aktiviti tersebut akan mengumpulkan dana berupa wang atau sumbangan dari seluruh masyarakat untuk memperoleh 50 ribu buah radio yang akan disumbangkan kepada orang buta yang miskin supaya mereka dapat mendengar laporan Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik nanti. Di samping itu, aktiviti ini juga akan menaja kos pembedahan untuk 500 orang pesakit katarak.

Dimaklumkan bahawa aktiviti tersebut dianjurkan oleh Radio Nasional China, Persatuan Orang Kurang Upaya China dan Pusat Program Filem Jabatan Pentadbiran AmM Radio, Filem dan Televisyen Nasional China. Tujuan aktiviti ini adalah untuk mendorong seluruh rakyat memberikan perhatian kepada Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik, memdorong penghayatan kepada kehidupan orang kurang upaya di China, dan menggerakkan seluruh masyarakat agar membantu orang buta menikmati Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik.

Presiden Radio Nasional China, Wang Qiu berkata, pihak media perlu memainkan peranan penting dalam membangunkan masyarakat yang harmoni. Walaupun aktiviti kali ini hanya memberikan bantuan kepada sebahagian kecil orang buta di China, namun, ia membawa makna yang penting dalam usaha mendorong lebih ramai orang supaya menumpukan perhatian kepada usaha membantu orang kurang upaya di China serta Sukan Paralimpik, dan menggalakkan usaha membantu terhadap orang kurang upaya di China.

Selain di Beijing, aktiviti amal tersebut juga akan diadakan di Shenzhen pada 19 April, di Wuhan pada 26 April dan di Chengdu pada 3 Mei. Persembahan kesenian juga akan diadakan pada malam 18 Mei iaitu "Hari Membantu Orang Kurang Upaya China".

Para seniman, penyanyi, bintang filem, jaguh Sukan Olimpik dan juruacara terkenal akan melibatkan diri secara langsung dalam aktiviti amal selama 40 hari ini untuk membantu mengumpulkan dana. Selain itu, orang awam juga boleh memberikan sumbangan wang untuk aktiviti amal ini melalui telefon bimbit.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |